"Babak & Aksi Macam Filem Antarabangsa!" - Kualiti Filem Sangkar Terbukti Memukau Penonton!
Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar sekali lagi mencuri perhatian ramai.
Berdasarkan tinjauan Gempak di laman Twitter, kali ini, rata-rata netizen yang telah menonton filem kegemaran ramai itu mengagumi kualiti filem tersebut dan menyamakannnya dengan filem antarabangsa.
Antara perkara yang dikagumi adalah teknik penggambaran yang digunakan dalam babak lawan, barisan pelakon dan mesej-mesej berguna yang dapat dijadikan teladan.




Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi
Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.