Laman Utama

Baby Nadya Syahera Belanja Tapak Kaki, Ramai Rasa Lucu - “Marah Agaknya Scan Time Nak Tidur”

Mya Amri
03/02/2022
13:37 MYT
Sponsor Banner
Baby Nadya Syahera Belanja Tapak Kaki, Ramai Rasa Lucu - “Marah Agaknya Scan Time Nak Tidur”
Tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum pelakon, Nadya Syahera menyambut kehadiran anak ketiganya.
Berkongsi mengenai perkembangan terbaharu mengenai kehamilannya, Nadya mendedahkan agak sukar untuk melihat wajah bayi di dalam kandungannya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Nadya juga turut memuat naik foto sonogram yang diperolehi ketika proses ultrasound.
Menariknya, foto itu menarik perhatian peminat kerana bayi di dalam kandungannya hanya menunjukkan bahagian tapak kaki dengan begitu jelas.
“Assalamualaikum, baby no 3 dah 30 minggu+ , hari ini scan dia belanja tapak kaki je dekat mama dia. Okay la kan.
“Tengok kaki pun mama dah teruja, setiap kali datang follow up mesti dia meniarap, susah naw nak tengok muka dia. Pemalu agaknya. Doakan urusan kami berdua dipermudahkan nanti. Ada dua bulan lagi,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengusik Nadya dengan coretan lucu selain mendoakan kesihatan ibu dan bayi berkenaan.
Terdahulu, Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aleena Rose dan Mohamad Dayyan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar