Baby Shima Dikecam Guna Bendera Israel - “Mesejnya Tetap Sama Mengutuk Tindakan…”
Perkongsian video memperlihatkan penyanyi Baby Shima menggunakan bendera zionist Israel mengundang pelbagai reaksi netizen di laman sosial.
Rata-rata netizen memahami maksud yang diingin disampaikan Baby Shima namun ada juga segelintir mereka yang menganggap video itu tidak sesuai untuk dijadikan bahan perkongsiaan.
Bagaimanapun Baby Shima menelaskan biarpun video itu menggunakan logo tersebut namun mesej yang hendak disampaikan adalah mengutuk kekejaman Israel terhadap palestin.
“Tahap inteligent seseorang berbeza-beza begitu juga tahap pemahaman seseorang individu tidak sama. Apa yang saya kongsikan memang dari POV yang berbeza.
“Namun mesejnya tetap sama mengutuk tindakan zionist israel. Takkan la saya nak please everybody untuk semua yang saya kongsikan di media sosial.
“Pandai-pandai la semak mesej tu dulu kalau perlu google translate la dahulu,” kata Shima ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, video Shima menggunakan logo Israel turut menerima teguran daripada pelakon Janna Nick yang menganggap penyanyi itu tidak sepatutnya menjadikan ia satu bahan jenaka.