Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Bacaan Darah Rendah, Jantung Laju..” - Positif COVID-19, Maria Tunku Sabri Dikejarkan Ke MAEPS Menaiki Ambulans

Azwa Rahman 20/10/2021 | 22:32 MYT
Pengacara popular Maria Tunku Sabri yang disahkan positif COVID-19 telah dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang meskipun tempoh kuarantinnya hanya berbaki tiga hari.
Menurut Maria, pemergiannya itu berikutan dia gagal dalam bacaan darah tinggi rendah, jantung laju serta demam.
Difahamkan Maria dan suaminya positif COVID-19 tahap 2 selepas berjangkit daripada tempat mesyuarat yang dihadirinya.
Menerusi laman sosial Instagram, Maria sempat berkongsi keadaan dirinya yang ‘diangkut’ oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menaiki ambulans sebentar tadi.
“Pengakhirannya saya ke MAEPS lagi tiga hari sahaja kuarantin saya. Bila diarah ke klinik kesihatan Hulu Klang, saya gagal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam.
“Allahuakbar, subhanallah, aku redho ya Allah, aku terima sakit penghapus dosa insyallah.
To all families and friends i would like to apologise dan maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlas,” ujar Maria di ruangan kapsyen.
Malah, Maria memohon ahli keluarga untuk menitipkan doa dan surah Al-Fatihah agar sakit yang dialaminya kini segera sembuh.
“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah. Semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT. Ameen, saya sayang anda semua,” tulisnya lagi.
Menerusi perkongsian video itu lagi, kelihatan ambulans menunggu di hadapan kediaman Maria dan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu terpaksa meninggalkan suaminya di rumah.

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya mendoakan agar kesihatan Maria beransur pulih serta dia boleh kembali sihat seperti sedia kala.
“Syafakillah kak, moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” tulis Erra Fazira.
You are strong sis. You will be back stronger. Insyallah, we are all praying for you and family,” kata Faradhiya.
“Ya Allah aku bermohon kepadaMu, sembuhkanlah sahabat ku ini dan suaminya,” ujar Sharifah Zarina.
“Buat my lil sis, Maria yang saya kenal sekian lama dari sebelum ni sama-sama berjumla balik dalam bidang seni ni, be strong. Syafakillah dan semoga dipermudahkan segala urusan,” doa Saiful Apek.
It's okay, you will be fine,” pujuk Nad Zainal.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 7,000 tanda suka dan 1,200 komen semangat daripada pengikutnya.
#Maria Tunku Sabri #COVID-19 #Selebriti COVID-19
;