Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Badan Kecil Tapi Perut Besar & Berpenyakit" - Doktor Pakar Bariatrik Tampil Lerai Netizen Berdebat

Amri Hassan 13/10/2021 | 22:39 MYT
Sepotong video Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher yang membandingkan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Kongsi Dr Mustafa yang lebih popular dengan panggilan Pak Long, banyak kes pesakitnya membuktikan saiz kantung perut tidak boleh diukur dengan saiz fizikal seseorang.
"Ada pesakit Pak Long dikategorikan sebagai saiz sederhana tapi punyai kantung perut lebih besar, selain berpenyakit.
"Ada juga senario pesakit melebihi 100 kilogram namun saiz perut mereka lebih kecil selain kurang komplikasi dalaman.
"Itu sebabnya kalau ada pesakit tanya kenapa kos pembedahan kategori individu berbadan kurus dan plus size sama.
"Jawapannya kerana pembedahan bukan ikut timbang kati tapi ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian pembedahan dan rawatan selepas pembedahan," ujarnya.

A post shared by Dr Mustafa Mohammed Taher (@dr.mustafamt)

Dalam video yang tular, Dr. Mustafa membandingkan tiga saiz perut berdasarkan berat badan berbeza. Mengejutkan apabila individu berbadan paling kurus punyai saiz perut paling besar dan menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, fatty liver dan obstructive sleep apnea.
Justeru, ramai yang mulai berdebat tentang saiz perut berdasarkan corak pemakanan dan gaya hidup harian. Ada yang beranggapan, punca masalah kesihatan bertitik tolak daripada apa yang ada dalam perut.
"Aku kurus keding ni makan banyak pun tak naik juga macam mana tu?" soal @itschaerynn di Twitter.
"Tapi makan banyak main makan je pun takut juga. I yang kurus ni pun kolesterol tinggi, dapat tahu sebab check up hospital sebab suka makan bukan-bukan," kata @arinaisme_.
"Kadang-kadang orang kurus pun ada kalori dan kolesterol tinggi," tambah @Afirhuls.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meleraikan kembali kekeliruan netizen, kata Dr Mustafa, kombinasi berat badan dan ketinggian (BMI) turut mempengaruhi bacaan kesihatan seseorang.
"Secara luaran nampak kecil mungkin kerana dia sangat tinggi orangnya.
"Ada yang berat badan cuma 60 kilogram tapi kantung perut tu lagi besar dari orang berat 100 kilogram. Bahaya tu!
"Ada yang tanya, kenapa makan banyak, tapi kenapa berat badan masih maintain tak naik. Perkara Ini dipengaruhi dengan cara makan, waktu makan, jenis makanan, lifestyle, dan banyak faktor sebenarnya.
"Kemudian ada yang tanya macam mana nak ukur perut sebenarnya. Memang tak boleh nak ukur perut secara fizikal. Cara seperti X-ray or CT scan boleh tengok size tapi hanya agak-agak sahaja, the actual size tu tak dapat diketahui.
"Hanya ketika pembedahan, barulah dapat tahu, ketika itu akan dilakukan measurement," jelasnya.

A post shared by Dr Mustafa Mohammed Taher (@dr.mustafamt)

Untuk rekod, antara selebriti yang pernah membuat rawatan bariatrik menerusi Dr Mustafa ialah penyanyi popular Aishah, pelawak Angah Raja Lawak dan jurusolek selebriti, Bobo Cinta.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Viral #Gaya Hidup #Netizen #Twitter #Aishah #Bariatrik #Perut #Usus #Penyakit #Besar #Dr Mustafa Taher
;