Laman Utama

“Badan Penuh Darah, Lidah Terjelir Tak Puas Hati” - Jelmaan Syaitan? Isteri Tergamak Minta Tolong Bomoh Tundukkan Suami! Tepuk Gambar 3 Kali &...

Hanafis Haris
11/11/2021
14:46 MYT
Sponsor Banner
“Badan Penuh Darah, Lidah Terjelir Tak Puas Hati” - Jelmaan Syaitan? Isteri Tergamak Minta Tolong Bomoh Tundukkan Suami! Tepuk Gambar 3 Kali &...

Cerita yang ingin aku kongsi ini berlaku ketika aku kecil lagi, lebih kurang tujuh tahun.

Mungkin agak membuka pekung di dada, namun biarlah cerita ini diketahui umum kerana aku mahu ia dijadikan sebagai pengajaran terutama buat para isteri.

Kisahnya bermula apabila makcik aku bersama kawannya membawa aku untuk bertemu seorang bomoh di sebuah kampung yang terletak di Changlun, Kedah.

Tidak pasti mengapa aku dibawa bersama tetapi setahu aku, ketika itu aku memang kebetulan di bawah jagaan makcik buat sementara waktu.

Kedatangan kami di perkampungan itu sebenarnya dengan satu tujuan iaitu menundukkan suami kepada makcik aku ini.

Menurut rakan makcik aku ini, bomoh yang bakal kami jumpa memang terkenal dengan kehebatannya dalam ilmu pengasih.

Nak dijadikan cerita, sebaik tiba di rumah berkenaan, makcik aku terus mengadu domba mengenai pergolakan rumah tangganya.

Aku masa tu kecil lagi kan, jadi aku dengar acuh tak acuh saja.

Cuma aku ada beberapa kali rasa tak sedap hati dan adakalanya terdengar seperti ada sesuatu yang bergerak ke sana ke sini.

Makin lama makin kuat dia punya pergerakan, sampailah ketika bomoh tersebut mula menadah tangan, berdoa.

Terkumat kamit aku lihat mulut bomoh itu yang seolah-olah sedang berzikir. Apa yang dibaca entah.

Tapi, dalam ralit aku melihat gerak bibir bomoh itu, secara tiba-tiba aku merasakan seperti ada benda juga yang bergerak-gerak di atas penjuru dinding rumah bomoh itu.

Jadi aku pun beranikan mendongak menghadap penjuru tersebut dan astagfirullahaladzim!

Apa yang aku nampak ni??? Syaitan? Jin? Hantu?

Berbadan kecil, berkepala botak diselaputi darah sambil menjelirkan lidahnya ke arah aku! Terkedu weh!

Malah, bomoh yang sebelum ini ralit membaca ‘doa’ pun terus berhenti dan menjeling ke arah aku.

Marah betul muka dia, serammm!

Tidak lama kemudian, bomoh tersebut terus menyerahkan ‘tugas’ dan pantang larang kepada makcik untuk dia lakukan sebaik pulang nanti.

Namun, aku juga terdengar sedikit perbualan mereka tentang aku.

“Pastikan anak buah kamu tak cakap apa-apa tentang upacara aku tadi. Kalau kamu nak suami kamu betul-betul tunduk, dengar cakap aku.

“Anak buah kamu mungkin sudah terbuka ‘hijabnya’ dan boleh nampak benda-benda ghaib. Jadi pastikan ketika kamu buat upacara ‘tepuk gambar’ suami kamu tiga kali tu di rumah, jangan biar dia ada di situ.

“Masa tu benda yang aku hantar ini akan berada di sekeliling suami kamu untuk buat kerja-kerja dia. Ingat pesan aku,” kata bomoh tersebut.

Kini sudah 20 tahun peristiwa itu berlaku, makcik aku pun dah lama bercerai dengan suaminya.

Peliknya, makcik aku kini dah tidak seperti dahulu.

Emosi dan mentalnya berada di tahap teruk, senang kata dah tak siuman.

Mungkin itu kifarah yang terpaksa diterima atas perbuatan lampaunya.

Aku pula? Masih kekal terbuka mata yang lagi satu, cumanya tidaklah sekerap dulu.

Mungkin iman pun dah makin luntur diulit keseronokan dunia.

**DISCLAMER** Cerita ini merupakan perkongsian rakan kepada penulis
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar