Laman Utama

“Bagi Tips Kahwin Dua…”- Gara-Gara Post Gambar Keluarga Di Hari Raya, Angah Raja Lawak Disangka…

Syafiqah Jalal
19/05/2021
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Bagi Tips Kahwin Dua…”- Gara-Gara Post Gambar Keluarga Di Hari Raya, Angah Raja Lawak Disangka…
Pelawak dan pelakon, Angah Raja Lawak disangka beristeri dua selepas memuat naik fotonya diapit isteri dan anak perempuannya di Hari Raya.
Rata-rata menyangka anak pertamanya yang sudah meningkat dewasa dari perkahwinan terdahulu merupakan isteri keduanya.
“Rasanya belum terlewat untuk abang, isteri dan anak-anak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
“Jika ada kesilapan dari abang sekeluarga harap mohon ampun dan maaf ya,” katanya.
Penyampai radio Sinar itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam ruangan komen, rata-rata mengusik Angah yang disangka berkahwin dua.
“Kalau tak ingat Angah ada anak perempuan yang dah besar mesti terfikir Angah kahwin dua,” komen salah seorang pengikutnya.
“Dah macam madu 2 hehe,” kata salah seorang warga maya.
“Bagi tips kawin dua angah,” usik salah seorang netizen.
Angah berkahwin dengan Amira Asyura Abd Razak selepas menduda selama 10 tahun pada 19 Februari 2016.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan selepas tiga tahun berkahwin.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar