Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bahana Diberi Makan Buah Kurma & Pir Oleh Kenalan, Anak Kesayangan Masuk Hospital Akibat Ber*k Berdarah - “Anak Orang Bukan Anak Hang!”

Izwan Isa 14/04/2022 | 03:50 MYT

Seorang ibu melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan seorang kenalannya yang menyuapkan dua jenis buah kepada anaknya sehingga menyebabkan cirit-birit yang teruk.

Menerusi kemas kini di Facebook, wanita berkenaan berkata anaknya itu berusia bawah 4 bulan dan tindakan individu berkenaan memberi makan buah menyebabkan anaknya kini menderita sakit yang teramat sangat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Stress kalau orang pandai-pandai usik baby kita. Ikutkan hati nak je Uda (nama panggilan wanita berkenaan) saman. Baby bawah enam bulan jangan nak memandai bagi makan bagi rasa bagi segala tok nenek faham?
“Anak orang bukan anak hang! Now warded baby dah berak darah. Bila kita marah mengamuk cakap lah konon orang dulu ok je, orang bandar tak reti apa? Penangan konon bagi rasa kurma dan buah pir. Lain kali buat kat anak sendiri jangan usik anak kita.
“Ingat baby tu besar gemuk gedabak dia dah boleh makan kah? Dia baru 4 bulan kot. Awat tak suap asam pedas mekdi KFC?” tulisnya.
Wanita tersebut turut memberitahu yang anaknya mengalami cirit-birit sehingga lebih daripada 30 kali.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Baby cirit-birit lebih dari 30 kali. Cirit berdarah pun banyak kali. Kita normal cirit tiga hingga empat kali pun dah lembik badan nak berdiri, pedih jangan cerita… ni 30 kali. Lemahnya semangat bila tengok anak yang ditunggu selama lapan tahun jadi macam ni,” katanya lagi.
Menerusi respons yang diberikan oleh pengguna Twitter, ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa. Ada juga berpesan supaya tidak sesuka hati memberikan apa jua jenis makanan kepada anak yang masih kecil.
“Orang luar tolonglah ambil berat pasal anak orang. Anak orang bukan anak patung yer. Sakit baby tu kena fikir… baby ni sifat dia fragile.. please lah tolonglah basuh minda kita. Nak sentuh pun fikir dua kali. Ni pulak sumbat macam-macam benda kat baby tu. Allah,” tulis seorang netizen.
“Memang jenis tak reti bahasa orang mcm ni. Lebih tepat, buat pandai dan memandai-mandai. Dah menyusahkan family baby tu pula. Geram aku ngan orang macam ni. Kesian tengok baby tu menanggung sakit yang dia tak boleh nak luahkan,” tulis seorang lagi netizen.

#Anak #Kurma #Cirit Birit #Pir
;