Laman Utama
“Bahu Nak Tercabut, Badan Macam Kena Pijak..” - Raja Ilya Kongsi Keadaan Terkini Selepas Bersalin Secara Czer
Pelakon popular Raja Ilya berkongsi keadaan terkininya yang masih di dalam tempoh berpantang selepas melahirkan seorang bayi perempuan, Talita Love pada 1 Julai yang lalu.
Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, dia dan suami Trent Garrett kini hanya tidur dua ke empat jam setiap hari kerana menguruskan bayi mereka.
Tambah pelakon filem KL Vampires itu lagi, dia turut berdepan sakit-sakit badan selepas bersalin.
“Even now kitorang tidur 2-4 jam setiap malam, badan dah macam kena pijak. Nak berurut dengan bidan/doula tak boleh sebab czer (pembedahan) kan, bahu macam nak tercabut, tangan macam angkat dumbell 100kg, pinggang macam boleh patah any minute.
“Tapi semua ni hilang entah ke mana bila bangun buka mata tengok muka baby tidur dengan tenang,” ujar Raja Ilya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, dia turut melahirkan rasa hormat kepada semua ibu dan bapa yang pernah melalui situasi yang dihadapinya ketika ini.
“Salute kepada semua ibu dan bapa. Kami rasai anda. Ia satu perasaan yang tak boleh diungkap, macam jatuh cinta. Terima kasih baby @talitalovegarrett sebab hadir dalam hidup kami. Kami dirahmati dengan kehadiran kamu,” luahnya lagi.
Raja Ilya turut berkongsi sekeping foto terkini anak perempuannya yang lahir di Hospital King Edward, Perth untuk tatapan umum.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan tips dan nasihat berurut khas untuk para ibu yang bersalin secara pembedahan.
“Kalau takde tukang urut, boleh bertungku sendiri. Suruh suami bertungku belakang pinggang, celah peha, jangan kat perut je,” tulis seorang wargamaya.
“Urut tapak kaki, urut belakang badan dan kepala. Ikat rambut ketat tinggi-tinggi,” ujar seorang wargamaya.
“Boleh urut tapi jangan bahagian perut. Kaki, tangan, bahu boleh,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 4,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth.
Aktres jelita ini sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19.