Hiburan

Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”

Umirah Halim
20/08/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”
Pelakon dari seberang, Baim Wong tampil berkongsi pengalaman sewaktu di set penggambaraan bersama aktres Anna Jobling menerusi filem pertama arahannya iaitu, Lembayung.

Mudah bekerjasama

Pertama kali bekerjasama dengan aktres itu, Baim Wong atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 43 menyifatkan Anna sebagai seorang pelakon yang cukup cemerlang dan sangat mudah untuk bekerjasama.

“Mudah bekerja dengan dia (Anna) kerana dia seorang pelakon yang bagus. Satu pengalaman yang menyenangkan buat saya.

“Untuk karakter ini dia perlu membawa watak menjadi Tantri dan Anna cukup pakejnya, jadi saya memberi peluang untuk dia cuba dan terbukti dia memang bagus.
“Cuma dia pendiam, mungkin kerana tidak kenal orang di Indonesia,” ujarnya ketika ditemui Gempak di majlis ulangtahun perdana Brik di Avenue K, baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Baim Wong Enggan Ulas Lanjut Isu Pergolakan Rumah Tangga - "Doa Yang Terbaik..”
BERITA TRENDING: Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”
BERITA TRENDING: Tiada Lagi Gambar Bersama Di Media Sosial, Rumah Tangga Baim Wong Didakwa Goyah?
BERITA TRENDING: Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati
Sementara itu, Baim turut sempat menyatakan hasratnya untuk menjayakan lebih banyak lagi projek bersama Anna.
“Akan ada lagi projek bersama Anna untuk Januari depan tetapi buat ketika ini saya perlu fokus kepada Lembayung,” ujarnya lagi.
Untuk info, filem genre seram berjudul, Lembayung itu bakal tayang di Malaysia tanggal 3 Oktober dan di Indonesia pada 19 Septembet ini
Terdahulu, Baim Wong memilih aktres itu untuk memegang watak utama dalam filem Lembayung.
Bukan itu sahaja, Baim turut sanggup terbang ke Malaysia bagi melihat sendiri kualiti lakonan Anna.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar