“Baju Kahwin Tak Muat Terpaksa Duduk Belakang Pick Up” - Shikin Maembong Kongsi Momen Lucu Masa Resepsi
Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin berkongsi kenangan lucu pada majlis resepsinya yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Shikin, momen itu tidak mungkin akan dilupakan memandangkan kejadian itu terjadi di hari bahagia bersama suaminya, penyanyi Cat Farish.
Berkongsi mengenai kejadian itu, Shikin memaklukan dia dan suaminya terpaksa duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (pick up) kerana baju pengantinnya terlalu besar.
“Cerita dia selepas majlis resepsi, baju kahwin saya tak muat masuk kereta saya. Jadi kami terpaksa duduk belakang pick up sampai hotel.
“Best rare memori ever sampai pak polisi tanya kenapa duduk belakang, pemandu kata baru kahwin, baju pengantin tak muat masuk kereta,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecantikan Shikin bersama busana yang disarungkan itu.
“Macam pengantin Turki la lawa betul kak Shikin ni,”
“Berbaloi lah tak muat sebab masa jalan menuju ke pelamin tu memang princes habis,”
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Cat bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 pada Khamis.