Laman Utama

Baju Kembung Latex Sam Smith Terinspirasi Dari Anjing

Maliah Surip
16/02/2023
14:00 MYT
Sponsor Banner
Baju Kembung Latex Sam Smith Terinspirasi Dari Anjing
Penampilan Sam Smith di karpet merah Brits Awards baru-baru ini menyita perhatian publik dengan fesyen aneh yang digayakannya.
Penyanyi itu tampil memakai baju latex atau getah kembung berwarna hitam yang disifatkan jelek.
Ternyata ada cerita menarik di sebalik pembikinan pakaian yang direka oleh pereka busana dari India tersebut.
Perekanya, Harri, mendedahkan mendapat ilham rekaan tersebut daripada anjing peliharaannya.
“Idea menghasilkan busana ini datang dari anjing saya. Dia seekor anjing yang kecil dan saya membuat rekaan ini dari sudut pandang bawah atau distorded,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Oleh kerana mengambil dari sudut pandang distorted anjingnya, kerana itu busana tersebut kembung pada bahagian kaki dan tangan.
Meski rekaannya disifatkan jelek, Harri tidak ambil hati atau mempunyai masalah dengan pandangan peribadi masing-masing.
Kata Harri atau nama sebenarnya, Harikrishnan Keezhathil Surendran Pillai) pihak Smith menghubunginya hanya lima hari sebelum majlis berlangsung.
“Pihak Smith hubungi saya lima hari sebelum majlis berlangsung dan bertanya jika saya boleh mereka busana custom-made untuknya.
“Pada mulanya saya sedikit gusar kerana kesuntukan masa. Saya biasanya mengambil tiga sehingga empat minggu untuk menghasilkan busana secara handmade.
“Ia juga memakan masa sehari untuk saya memikirkan tentang hal-hal lain termasuk logistik,” katanya.
Namun dia berjaya mengatasi kekangan waktu menyiapkan tempahan yang dibuat.
“Ia siap sejam sebelum majlis karpet merah berlangsung!”katanya lagi.
Harri menjelaskan pasukan atau tim Smith ‘menemui’nya yang berasal dari Karala selepas melihat busana rekaannya di dalam sebuah majalah pada November lepas.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar