Berita
Bakal Bergelar Ibu, Fiza Frizzy Kini Hamil Sebulan
Pengacara dan personaliti televisyen, Fiza Frizzy akui bahawa dirinya kini sedang hamil sebulan.
Menurut Fiza, dia bersyukur kerana dirinya kini sudah hamil walaupun usia perkahwinannya baru dua bulan.
"Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan saya kini sedang hamil sebulan.
"Bagi saya sekarang merupakan masa yang sesuai untuk mendapatkan anak kerana Suami saya sudah berusia 36 tahun dan saya pula sudah 29 tahun.
Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina anak kerana kami terima sahaja apa jua rezeki yang diberikan.
"Apa yang penting adalah bayi yang akan dilahirkan itu sihat dan cukup sifat sudah cukup bagi saya dan suami," katanya kepada Astro Gempak.
Fiza Frizzy berkata demikian ketika ditemui ketika majlis sidang media Festival Ramadan Putrajaya 2018 di Putrajaya pada Khamis.
Festival tersebut bakal diadakan pada 17 Mei sehingga 14 Jun dengan penglibatan 30 artis popular yang akan membuka gerai masing-masing antaranya Erra Fazira, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Ramlah Ram, Ella dan Haiza.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Kredit Foto: Instagram