Laman Utama
Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland - “Doa Papa Mama Takkan Terhenti Selagi Bernyawa”
Anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati, Ariq, telah berangkat ke luar negara pada Ahad bagi melanjutkan pengajiannya.
Difahamkan Ariq menyambung pengajiannya ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.
Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn berkongsi momen-momen Ariq bersama keluarga di rumah beserta titipan doa buat anaknya itu.
“Ya Allah peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu, dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan amin YRA.
“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama tak kan pernah henti selagi bernyawa. We love you Ariq Hanania,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen foto.
Menerusi perkongsian tersebut, Ariq dilihat sangat manja dengan Johan sehingga masih mahu didukung.
Tidak hanya itu, Ozlynn turut berkongsi sesi mengaji bersama Ariq, Johan dan anak-anaknya yang lain.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan selamat maju jaya buat Ariq dalam menempuh alam pengajian untuk bergelar seorang doktor yang berjaya.
Malah, ada juga wargamaya yang memuji suka melihat keluarga Johan dan Ozlynn yang serba sederhana serta pandai mendidik anak-anak dari segi dunia dan akhirat.
“Tanda tangan tu macam Yusuf. Maybe Yusuf boleh jadi anak yang soleh macam abg Ariq. Btw belajar rajin-rajin dekat Dublin, jadi doktor,” komen aktor Hairul Azreen.
“Ramai datang jumpa abg Ariq harini ye. All the best abg Ariq, pasni sape nak bawa Moleiq dengan kakak chantiq naik motor pusing taman huhu,” kata seorang wargamaya.
“Semoga abg Ariq terus kuat, terus dipermudahkan segalanya dari segi ilmu, ibadah dan urusan dunia akhirat. Good luck abg Ariq, teruskan jadi kebangsaan papa mama dan kami semua. Doa kami tetap bersama abg Ariq,” tulis seorang wargamaya.
“Semoga Ariq dapat ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat,” ujar seorang wargamaya.
“Wah dukung lagi. Nak jadi doc dah tu hehe. Tapi one day pastu dia dukung papa dia. Tahniah Johan, pandai didik anak. Bertuahnya,” puji seorang wargamaya.
“Good luck dan all the best abg Ariq. Timbalah ilmu yang mendatangkan faedah yang baik dalam kehidupan,” doa seorang wargamaya.
“Boleh dijadikan contoh pada keluarga lain yang terlibat dalam dunia glamor. Dunia dikendong tapi akhirat tetap dicari. Salute pada keluarga Jozlynn,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 133,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Selain Ariq, perkahwinan pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan.