Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bakal ‘Lawan’ Anak Sendiri, Ibu Mentua Mohon Jadi Saksi & Pencelah Untuk Puteri Sarah - “Dia Memang Penyokong Tegar Saya Sebab Tahu Semua”

Asyikin Mayudin 07/03/2023 | 14:50 MYT

Susulan krisis rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof, ibu mentua kepada aktres itu iaitu Datin Patimah Ismail bakal menjadi saksi bagi dakwaan aktres itu dipukul oleh anaknya.

Malah menurut Puteri Sarah, ibu mentuanya juga memohon jadi ‘pencelah’ dalam dalam kes melibatkan Puteri Sarah Liyana dan isteri kedua anaknya iaitu Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27.

“Saya nak beritahu dekat sini, sebelum saya nak pergi ke mahkamah pagi-pagi tadi, mak mentua saya menghantar kiriman mesej memberitahu dia bakal menjadi saksi dan mahu jadi pencelah bagi pihak saya.

“Kalau anak dia Syamsul nak jadi pencelah untuk isteri kedua, mak mentua saya mahu jadi pencelah bagi mempertahankan saya juga.

“Malah, mak mentua saya juga bakal menjadi saksi bagi JKP. Mak mentua saya memang akan jadi penyokong tegar saya sebab dia tahu semua,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Pada 24 Februari lalu, Syamsul Yusof memfailkan permohonan di mahkamah di sini, untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan isteri keduanya, Ira Kazar.

Dalam afidavit sokongan itu Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, mendakwa dinasihatkan peguamnya supaya mencelah dan dijadikan defendan di dalam kes tuntutan yang dikemukakan oleh Puteri Sarah kepada Ira Kazar.

Menurutnya, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira itu adalah berkaitan dengan dirinya dan jika tuntutan itu dibenarkan akan memberi kesan kepada perkahwinannya dan hubungan dengan keluarga Ira.

#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Sarah #Syamsul #Ira Kazar #Patimah Ismail #Ira #Ibu mentua Sarah #Sarah Syamsul Ira
;