Hiburan

Bakal Tamatkan Zaman Duda, Jofliam Sudah Ada Niat Nak Kahwin Kali Kedua - "Saya Target Februari Tapi..."

Umirah Halim
27/12/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Bakal Tamatkan Zaman Duda, Jofliam Sudah Ada Niat Nak Kahwin Kali Kedua - "Saya Target Februari Tapi..."

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam berkongsi mengenai hasratnya untuk menamatkan zaman ‘duda’.

Perkara tersebut dikongsikan Jofliam sendiri sewaktu menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram.

“Bila nak kahwin Jo, nak makan pizza free,” tulis individu tersebut.

@jofliabubakar
Doakan saya ??
♬ original sound - Jofliam

Masih cari calon

Jofliam bagaimanapun memaklumkan dia masih mencari calon pasangan yang sesuai dan meminta orang ramai untuk mendoakannya.

“Target sahaja, calon tiada lagi. Sampai sekarang saya tak confess mana-mana wanita lagi. Doa-doa lah ada.

“Tak kisah dengan siapa saya digosipkan saya masih belum confess lagi, sebab sekali saya confess saya buka hati saya keseluruhan. Kalau saya confess terus kahwin.

“Sekarang belum lagi confess tapi saya target Februari, tapi tak tahu Februari tahun bila. Mungkin 2026, kita tak tahu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebab Beg Tangan, Jofliam Nak Pukul Pembantu Peribadi Cik Epal?

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Cik Epal & Jofliam Semakin Meleret, Netizen Mula Rasa ‘Annoying’ - “Allahu, Malunya Bila Anak Besar Nanti…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pulangkan Hidung, Saya Pulangkan Mustang” - Video Perbualan Jofliam & Cik Epal Raih Perhatian Ramai

Pada masa sama, Jofliam turut memaklumkan dia akan menunaikan janji untuk memberikan piza secara percuma ketika majlis perkahwinannya kelak.

“Tapi bab belanja piza percuma waktu saya kahwin tu betul, itu memang saya pegang janji saya,” kongsinya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai hubungan rumah tangga Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.

Malah, pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

Sekadar info, bekas isteri Jofliam, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengannya selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Imbas kembali, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024