Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

Gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan
Seorang wanita hilang kewarasan apabila bertindak membakar suaminya, selepas tidak berpuas hati melihat akaun bank mangsa berkurangan.
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit."Saya menyemak gaji suami menggunakan kad bank BRI miliknya, saya terkejut selepas mendapati ia hanya tinggal RP80,000 (RM22.46).
"Padahal sepatutnya ada dalam Rp2.8 juta (RM822), selepas saya kembali ke pejabat, saya bertanyakan kepada suami menerusi satu hantaran di WhatsApp," kata suspek yang dikenali sebagai Fadhilatun Nikmah,28.
Tambahnya, suaminya membalas dan memaklumkan bahawa wang itu telah diambil olehnya, tetapi tidak digunakan sama sekali.
"Saya fikir dia gunakan wang itu untuk berjudi dalam talian," katanya lagi.
Jelasnya, selepas habis waktu bekerja dia pulang dan dalam perjalanan itu dia telah membeli 1 liter petrol yang diletakkan dalam sebuah botol.
"Sampai di rumah, di Jalan Pahlawan, Kelurahan Miji, Kranggan, Kota Mojokerto, saya WhatsApp bertanyakan keberadaan suami, kerana dia tiada di rumah semasa saya sampai.
"Tetapi selepas suami pulang, saya bertanyakan mengenai wang itu dan dia berdalih, hinggalah saya menuang petrol yang dibeli ke badannya lantas saya bakar," katanya.
Susulan insiden itu, katanya suaminya itu hampir terbakar keseluruhan anggota badan.
Akibat kejadian itu suami suspek akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hospital Wahidin Sudiro Husodo, Kota Mojokerto pada 9 Jun.
Perbicaraan bersambung dan suspek didakwa di bawah Pasal 44 Ayat (3) UU RI Nombor 23 Tahun 2004 berhubung keganasan dalam rumah tangga. Ia berhadapan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024