Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Bakar Surat, Diana Danielle Anggap Farid Kamil Zalim Jika Pilih Untuk ‘Drag’ Proses Cerai - “Tindakan Dia Sangat Kejam”

Ainun 03/11/2024 | 15:13 MYT

Tetap berkeras hati, pelakon Diana Danielle berkongsi video memperlihatkan sepucuk surat dipercayai daripada suaminya, aktor Farid Kamil yang dibakarnya.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, berkata surat yang dianggap penipuan itu tidak mempunyai tempat di hatinya.
“Surat-surat penipuan tidak mempunyai tempat di hati saya,” tulisnya menerusi Instastory pada Ahad.
Pada perkongsian lain, pelakon berusia 32 tahun itu berharap Farid tidak akan memanjangkan proses perceraian mereka.
Diana mengakui dia telah berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Farid dan merasakan dirinya tidak lagi mampu menangani beban itu.

"Jika dia memilih untuk melengahkan proses perceraian ini, itu adalah zalim. Saya telah menghabiskan setahun penuh berusaha untuk berdamai dan memperbaiki hubungan kami.

“Kami telah berkali-kali berada di ambang perpisahan, dan jangan kita berpura-pura tiada 'beban' dari bulan-bulan yang lalu.
“Saya terus mempercayai dan memberi usaha, tetapi jika dia tetap berkeras untuk mengekalkan saya dalam perkahwinan ini sehingga saya terhimpit sehingga melalui proses hakam, tindakan dia sangat kejam,” katanya menerusi kapsyen di Instagram Story.
Pelakon yang terkenal dengan filem Imaginur itu berkata bahawa dia tidak mahu menerima pujukan daripada Farid dan tidak akan meneruskan perkahwinan tersebut kerana tidak mahu lagi berada di bawah tanggungjawab suaminya.
“Saya tidak mahu dipujuk, dan saya tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Niat saya sangat jelas, dan satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya,” jelasnya.
Sebelum ini, Farid memuat naik semula sepucuk surat yang ditulisnya untuk isterinya, Diana pada hari pernikahan mereka.
Untuk rekod Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac tahun lalu.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

BERITA TRENDING: Masih Memujuk Diana Danielle, Farid Kamil Siap Bagi Surat Sempena Ulang Tahun Perkahwinan - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

BERITA TRENDING: Berpakaian Seperti Wanita, Diva AA Tak Kisah Dikecam - “Saya Langsung Tak Berkudis”

BERITA TRENDING: Faizal Tahir Bakal Kembali Dengan Album Baharu, Beri Sentuhan Berbeza Untuk Peminat - " Satu Album Yang Agak Lain Dari Kebiasaan "

BERITA TRENDING: Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah

#Diana Danielle #Farid Kamil #Anniversary #Bakar #Surat #Zalim
;