Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

'Baker' Kek Ruhainies Buka Mulut, Ini Alasannya ... "Saya Tidur 2 Jam Je"

Amri Hassan 27/07/2020 | 04:02 MYT
Pembuat kek hari jadi Ruhainies, Syauki Khozaid menjelaskan kekangan masa yang singkat menjadi penyebab kek yang dihasilkan mendapat kritikan pedas netizen.
BACA: "Apsal Serupa Mak Nyah Thailand" - Kek Klon Muka Ruhainies Jadi Jenaka Netizen
Kata Syauki, dia hanya diberikan tempoh selama dua hari untuk menghasilkan kek berkenaan sempena majlis hari jadi pelakon berkenaan.
"Kek ini adalah tempahan saat akhir daripada penganjur. Saya cuma diberikan masa selama dua hari untuk menyiapkannya.
"Saya mengikut tema yang ditetapkan mereka iaitu putih dan merah jambu jadi saya terus membuat kajian kek yang pernah dihasilkan untuk sambutan hari jadi artis.
"Kebanyakannya berbentuk bulat dan empat segi, jadi saya mahu mencabar diri saya untuk menghasilkan kek seorang wanita di dalam taman," jelasnya.
Sepanjang pembikinan kek itu, Syauki yang merupakan seorang homebaker perlu menyelesaikan tempahan daripada pelanggan lain pada masa sama.
"Semuanya saya buat seorang diri daripada beli bahan mentah, membakar kek hingga menghantarnya. Pasa sangat padat dan pada masa sama ada tempahan pelanggan lain yang perlu juga saya siapkan.
"Memang saya akui masa yang diberikan tidak cukup, kalaulah ada masa tambahan insya-Allah boleh lagi cantik! Saya boleh fokus pada kek Ruhainies saja.
"Sepanjang tempoh dua hari saya cuma tidur satu jam sehari untuk menyiapkan kek itu," ujarnya.
Peluang datang sekali, itu penyebab Syauki menerima tempahan saat akhir untuk menyiapkan kek tersebut.
"Saya nak cabar diri dan belajar sejauh mana kemampuan saya untuk mencuba benda baru.
"Jujur saya akui, untuk menghasilkan kek itu tak mudah. Bahagian muka kek itu dihasilkan sepenuhnya daripada coklat untuk memudahkan saya membentuk wajah seperti hidung.
"Bahagian bawah terdiri daripada kek dan fondant," tambahnya.
Syauki bagaimanapun tidak terguris dengan kecaman dan kata-kata negatif daripada netizen di media sosial.
"Saya tak ambil hati pun, semua ada pendapat sendiri. Saya sudah buat yang terbaik dan bangga dengan diri sendiri dapat menyiapkan kek dalam tempoh dua hari.
"Saya lebih pentingkan kepuasan pelanggan," katanya lagi.
Ruhainies pada masa sama menjelaskan kek tersebut hanya figura wanita yang tidak merujuk kepada sesiapa dan memuji kesedapan kek yang dihasilkan Syauki.
"Walaupun saat akhir, saya sukakan kek ini. Sedap sangat! Bukan senang nak buat kek sedap macam tu dan yang penting usaha kamu.
"Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal kek itu asalkan saya gembira dan puas hati," kata Ruhainies.
Terdahulu, tular di media sosial apabila kek hari jadi Ruhainies menjadi buah mulut netizen hingga disamakan dengan wajah mak nyah Thailand.
#Ruhainies #Baker #Kek Mak Nyah
;