Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Balas Budi, Penduduk Kuala Krai Sediakan 103 Pacuan Empat Roda & 11 Buah Lori Hantar Bantuan Ke Selangor! – “Steady #RakyatJagaRakyat”

Fiza Kamarudin 25/12/2021 | 01:55 MYT

Sebagai membalas budi, penduduk Kuala Krai menyediakan 103 pacuan empat roda dan lima buah lori untuk membawa bantuan ke Selangor.

Menerusi laman sosial Facebook Info Dalam Kuala Krai (IDKK), misi bantuan Selangor-Kuala Krai Balas Budi 2014 itu dibuat bagi meringankan beban rakyat di negeri berkenaan yang terjejas teruk dengan musibah banjir.

Selain NGO Task Force IDKK misi turut disertai Baracudda 4x4 Kuala Krai yang membuat penghantaran kesemua barangan bantuan hasil sumbangan daripada penduduk di Kuala Krai.

Difahamkan, Misi Balas Budi akan ke lokasi seterusnya, di tempat-tempat terjejas banjir di Pahang.

"Kami pergi dulu Love Kuala Selangor insyallah jumpa lagi, jika di beri rezeki dan kekuatan kami hadir lebih ramai lagi Insya-Allah.

"Terima kasih pada semua warga Kuala Krai dan Kelantan kerana telah menyumbang dalam pelbagai bentuk yang di anggarkan bernilai RM250.000 dan 103 buah 4x4 , 11 buah lori untuk ke Selangor.

"Kami berangkat dulu yer. Kami ke PAHANG jiran muka pintu kami. #MisiBalasBudi," tulis laman sosial Facebook IDKK.

Sementara itu tinjauan Gempak di ruangan komen media sosial, ramai warganet terharu dengan usaha dilakukan penduduk Kuala Krai, Kelantan itu.

“Steady! #RakyatJagaRakyat!”
“Alhamdulillah, rakyat kita memang berhati mulia dan sentiasa bantu membantu bila dengar yang lain ditimpa musibah.”
“Terima kasih Kuala Krai…”
Antara komen yang ditinggalkan warganet sambil mendoakan rakyat Kuala Krai sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan selamat.

#Balas Budi #Kuala Krai Hantar Bantuan Banjir #Selangor Banjir
;