Laman Utama
Bams Samsons Ingin Cerai, Isterinya Didakwa Jalin Hubungan Sulit Dengan Bapa Mertua?
Dunia hiburan Indonesia saat ini sedang dikejutkan dengan konflik keluarga bekas vokalis kumpulan Samsons, Bams atau nama sebenarnya Bambang Reguna Bukit.
Bams saat ini dikatakan dalam proses bercerai dengan isterinya, Mikhavita Wijaya. Mereka telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2014 dan memiliki satu anak.
"Sekarang saya dalam proses bercerai. Tapi kami tidak ada masalah dan perpisahan ini adalah atas kesepakatan bersama.
"Jadi kita lihat ke depannya nanti macam mana ya," kata Bams sewaktu muncul dalam tayangan YouTube KH Infotaiment pada Jumaat, (26/3/2021).
Namun menurut Bams, biar bercadang untuk bercerai, mereka belum membawa masalah ini ke mahkamah. Sebaliknya, mereka hanya sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari tahun ini selepas mengalami masalah rumah tangga sejak beberapa tahun lalu.
Dalam masa yang sama, kedua ibu dan bapa Bams juga sedang berdepan dengan isu rumah tangga. Ibunya, Desiree mendakwa telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya iaitu bapa Bams, Hotma Sitompul.
Dia juga mengaku sudah tujuh tahun tidak diberi nafkah batin oleh suaminya dan tidak memiliki harta sepencarian sepanjang hidup bersama.
Namun apa yang menarik perhatian masyarakat adalah timbul dakwaan isteri Bams, Mikhavita dikatakan menjalin hubungan sulit dengan bapa mertuanya iaitu Hotma Sitompul.
Saat hal itu diajukan kepada Bams, lelaki tersebut tidak memberikan jawapan.
Malah, pihak peguam Mikhavita menafikan kliennya mempunyau hubungan sulit dengan Hotma yang juga merupakan bapa tiri Bams.
"Ini adalah fitnah. Seluruh keluarga tahu pemberitaan ini palsu dan fitnah. Penceraian mereka bukan kerana Mikhavita ada hubungan sulit dengan Hotma," kata wakil peguam Mikhavita sambil meminta Bams membetulkan salah faham yang terbit.