Laman Utama
Bandingkan Cara UK & Netherland Kendali COVID-19, Individu Ini Puji Malaysia - “Baru Tahu Betapa Hebatnya Malaysia Handle COVID-19”
Baru-baru ini, trending di media sosial berkenaan dengan pengalamannya berada di luar negara ketika dunia masih lagi berhadapan dengan virus COVID-19. Menerusi rajutan ciapan yang dimuat naik, individu berkenaan memuji bagaimana negara kita mengendalikan kes COVID-19 berbanding negara luar.
“Aku baru balik travel UK & Netherland. Bab pengurusan Health Care Covid aku salute Kementerian Kesihatan Malaysia. Kat sana mereka tak peduli pun korang positif Covid ke, negatif ke, just pandai-pandai korang jer lah. Bila kat sana baru aku tahu betapa hebatnya Malaysia handle Covid. Salute Khairy Jamaluddin.
“Aku ada email government health care Netherland pasal Covid, macam haram dah 4 hari tak balas-balas, pergi klinik atau healthcare mereka, mereka semua tak tahu langsung pasal rule atau apa-apa pertanyaan kena tanya dan email health government mereka sendiri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sampailah aku email Kementerian Kesihatan Putrajaya, kejap jer mereka respon, dan terangkan macam mana, siap buat appointment call lagi untuk keterangan lanjut. Punyalah rasa dihargai, walaupun aku duduk oversea,” tulisnya.
Dalam pada itu, individu berkenaan berkata, klinik di sana hanya ada ujian untuk COVID-19 sahaja, tetapi tiada maklumat tambahan mengenai info lain.
“Tak macam Malaysia, kau pergi mana-mana klinik buat test pun, kau boleh Whatsapp dan call tanya detail. Siap nurse dan admin boleh jawapkan lagi, tak payah tunggu Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Bila aku tunjuk MySejahtera, mereka agak kagum and impressed macam mana kerajaan kita monitor kita. Walaupun mereka dah endemik, kes agak tinggi and kematian pun boleh tahan berbanding dari Malaysia. Tapi mereka tak peduli, mereka nak ekonomi berjalan jer,” lanjutnya.
Hal ini turut disokong seorang netizen yang turut mempunyai pengalaman yang agak serupa ketika berada di Dubai.
“Saya sedar tentang ini apabila saya berada di Dubai bagi menghadiri pameran Arab Health. Tiada siapa yang hirau. Pakai mask pun bawah hidung dan masih ada yang berbual dekat dengan muka. Annoying! Salut kepada Malaysia mengendalikan COVID-19. Sangat efisyen,” tulisnya.