Laman Utama

Bandingkan Majlis Perkahwinan Australia Dengan Malaysia, Netizen Kata Raja Ilya Lupa Daratan

Amri Hassan
02/02/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Bandingkan Majlis Perkahwinan Australia Dengan Malaysia, Netizen Kata Raja Ilya Lupa Daratan
Pelakon Raja Ilya mengundang komen-komen sinis netizen apabila memuat naik foto perbandingan majlis perkahwinan di Australia dan tanah tumpah darahnya, Malaysia.
Menerusi dua keping foto yang dimuatnaik di laman Instagramnya, salah satunya memaparkan majlis perkahwinan yang diadakan di dalam gereja dengan dipenuhi foto keluarga yang dilekatkan pada tempat duduk tetamu.
Ilya dilihat berkongsi sekeping gambar menyaksikan majlis perkahwinan di Malaysia dengan beberapa pasangan pengantin bersama tetamu yang ramai.
"Perth full lockdown wedding vs Malaysia lockdown," tulisnya yang menegaskan kedua-dua foto terbabit hanyalah gambar hiasan semata-mata.
Bagaimanapun, hal itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap Ilya tidak sepatutnya membuat perbandingan itu.
"Mana ada Malaysia nyer majlis kawin time MCO macam ni. Malaysia is not ur country ke .. buruk baik Malaysia tetap negara kami .. janganlah nak menghina sangat rakyat Malaysia k," tegur seorang pengguna.
"So duduk je la kat sana...budaya dan pemakaian cara hidup pun memang awak dah ikut cara mat saleh...kahwin pun cara mat saleh...sesuwailah," tambah pengguna lain.
"Sorry sis...tak ada majlis kahwin macam tu time MCO ..maybe buat research dulu sis sebelum nak post apa....parent saya pun kahwin campur juga tapi mereka tak lupa daratan macam sis," tulis pengguna lain pula.
"Nak buat perbndingan pun kena sama-sama adil ye sis.. post gambar dari tahun yang sama.. musim yang sama.. ni dah jauh perginya.. tak adil lah untuk negara sendiri kan . Hmmm," kata pengguna lain.
"Kenapa mesti buat VS, rasanye tak perlu nak bandingkan gambar untuk tujuan gurau. Realitinya tak buat pun majlis kahwin di Malaysia ni time MCO," tambah seorang pengguna.
"Baru 3 hari duk sana dah kondem negara sendiri. Jeles la tu tak dapat kwsp, bpn, gpn. Esok cerai berai ke ceruk Malaysia ni juga duduknye," tulis individu lain.
Tampil menjelaskan situasi berkenaan, kata pelakon filem Papadom itu, dia sekadar berjenaka di ruang media sosialnya yang disifatkan peribadi.
"Bila tak faham lawak dan serbu tak bagi salam.
"Instagram akak bukan news channel tau dik. itu maksudnya gambar throwback dan note yang mengatakan gambar hiasan semata-mata tu sama je macam kat buku teks sekolah yang dipilih sebagai hiasan bukan yang benar.
"Maksud gambar kedua-dua pula yang satu tu terus paranoid sampai seorang pun tak ada dan satu lagi relaks saja.
"Sebab time PKP kan tak boleh buat majlis, jadi sebab tu tak ada gambar sekarang untuk dua-dua gambar tu. Ha macam tulah ceritanya," jelasnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar