Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Bankrap Celah Mana Ya?" - Safiey Illias Tunjuk Bukti Tak Muflis, Berehat Kejap Sebab Bipolar

Amri Hassan 17/12/2022 | 08:55 MYT

Usahawan dan pempengaruh Safiey Illias menafikan dakwaan seorang pengguna di TikTok yang menularkan kisah bahawa dirinya kini bankrap.

Tegas Safiey, dakwaan dirinya bankrap hingga terpaksa menjual kediamannya adalah fitnah.
"Baru sempat nak update bila tiba-tiba seorang ejen hartanah di TikTok fitnah saya bankraplah, jual rumalah, dan macam-macam lagilah.
"Sampaikan saya pun terkejut bila kawan-kawan mesej cakap nak pindah ke Bangkok.
"Kalau boleh janganlah buat content guna nama saya untuk naikkan view video awak. Berdiri atas kaki sendiri boleh tak?
"Kalau share benda betul tak apa, ini sampai jadi fitnah, sampai orang jadi salah faham pula.
"So bankrap celah mana ya?" soalnya dalam satu hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Safiey turut berkongsi paparan skrin dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan dirinya berstatus tidak bankrap.
"Sabar jelah. Tak apa, saya anggap ini sebagai pembakar semangat kepada mulut-mulut yang asyik nak tepuk tangan tengok orang ditimpa musibah.
"Bagai anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, suara pula yang serak!
"Masalah saya bukan kewangan, saya dah lama berbisnes, daripada umur 16 tahun, sampai 25 tahun. Tak salah kot saya nak berehat dua, tiga tahun. 2023 saya akan bisnes semula.
"Tak bermakna kita diam kita down, atau bisnes merudum," tambahnya.
Jelas Safiey lagi dia kini melalui fasa 'cooling period' untuk bertenang dan akan kembali dengan jenama serta konsep perniagaan baharu.
"Dengan berperang sakit bipolar dan mental health problem, tak mudah tau. So saya ambik langkah rehat sebentar dan wujudkan tempoh bertenang," katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Bankrap #Safiey Illias #TikTok #Rumah #Hartanah #Bangkok
;