Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Banteras Manipulasi & Salah Maklumat, Facebook Batal 5.4 Bilion Akaun Palsu

Asraf Aided 14/11/2019 | 13:00 MYT
Laman sosial Facebook telah membatalkan akaun palsu sebanyak 5.4 bilion dalam usaha membanteras manipulasi dan salah maklumat yang semakin menular.
Memetik laporan BH Online, pihak Facebook juga kini sedang berusaha untuk mengesan serta menyekat cubaan pengguna untuk mendaftar akaun palsu.
"Pihak Facebook memperbaiki kemampuan untuk mengesan serta menyekat pengguna yang cuba mendaftar akaun palsu.
"Dengan sistem pengesanan yang kami gunakan, kami dapat anggarkan terdapat jutaan cubaan menghasilkan akaun palsu setiap hari," kata pihak Facebook dalam sebuah laporan.
Dalam pada itu, dipercayai akaun palsu yang dihasilkan untuk tujuan berpura-pura atau sebagai individu yang tidak wujud telah mewakili lima peratus daripada pengguna aktif bulanan di seluruh dunia bermula suku kedua tahun ini.
Facebook juga mengambil berat dengan permintaan kerajaan di Amerika Syarikat diikuti India, United Kingdom, Jerman dan Perancis untuk memeriksa data pengguna Facebook di negara mereka.
"Kami selalu membuat pemeriksaan pada setiap permintaan kerajaan untuk mendapatkan data akaun demi memastikan ia sah dari segi undang-undang," ujar Chris Sonderby selaku timbalan perunding Facebook.
Sumber : BH Online
Kredit Foto : variety.com
#Facebook
;