Laman Utama
Bantu Palestin, Melly Goeslaw Kumpul Puluhan Ribu Hasil Jualan Preloved
Umat Islam di seluruh dunia sama ada selebriti atau individu menzahirkan solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin dengan pelbagai cara.
Selain melaungkan sokongan tidak gentar menyokong Palestin dan melaknat Israel, ada banyak cara yang dilakukan untuk membantu mangsa seagama di Gaza.
Salah seorang selebriti yang melahirkan sokongan sekaligus mempunyai inisiatif untuk membantu rakyat Gaza adalah komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Melly dilihat berjaya mengumpul sekitar RM21, 021 (Rp70,000,00) hasil penjualan barangan terpakai (preloved) miliknya, semalam.
"Alhamdulillah, hasil daripada 'preloved' malam ini (semalam) sudah terkumpul Rp70,000,000 (RM21,021). Masih ada pesanan yang masuk dan masih ada yang belum membuat pemindahan wang.
"Terima kasih semua yang sudah belanja, setiap dari kita boleh dan mampu membantu saudara-saudara di Palestin,” ujarnya menerusi video yang dikongsikan.
Pada ruangan kapsyen, Melly menulis: “Bismillah jadi ladang kebaikan bagi kita semua. Allah SWT yang balas.”
Sekurangnya 3,700 nyawa tidak berdosa telah melayang kerana kekejam yang dilakukan rejim zionis terhadap penduduk Gaza. Israel mula melancarkan serangan terhadap Hamas pada 7 Oktober lalu.