Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Bantu Saya Tolong Report Akaun Ini..." - Fizo Omar Jadi Mangsa Scammers

Asraf Aided 17/10/2019 | 08:45 MYT
Pelakon Fizo Omar mendedahkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar dan namanya untuk iklan pinjaman peribadi palsu.
Perkara itu dikongsi Fizo menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Fizo, ramai yang bertanya kepadanya tentang isu berkenaan, dia juga menegaskan tiada kaitan dengan kegiatan penipuan tersebut.
"SCAMMERS! Entah malaun mana yang buat kerja ni, ramai yang PM saya tanya pasal ni, saya tiada kaitan degan si malaun yang guna nama dan gambar saya.
"Dia guna mesej teks dan akaun Instagram @fizoomar_ dan @global zest credit," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Fizo meminta orang ramai untuk melaporkan akaun itu kerana sudah ramai yang telah menjadi mangsa penipuan pihak berkenaan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa berang dan membantu Fizo melaporkan akaun itu kepada pihak Instagram.

SCAMMERS!! . Entah Malaun mane yg buat keje ni. . Ramai yg dok PM sya tanya psl ni.sya tak de kaitan dgn si malaun yg guna nama n gambar sya. . Dia guna text message n akaun ig @fizoomar___ dan @global zest credit . Bantu sya tlng report akaun ni.ramai dah kene tipu n please share this to others.tq.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

#'Fizo #Omar
;