Berita

Bantulah Petugas-Petugas Hospital, Sedekahkan Tudung Yang Praktikal Dan Mudah Disarung

Mya Amri
23/03/2020
11:59 MYT
Sponsor Banner
Bantulah Petugas-Petugas Hospital, Sedekahkan Tudung Yang Praktikal Dan Mudah Disarung
Pelakon Zizan Razak telah berkongsi maklumat mengenai tabung sokongan kepada petugas barisan hadapan (frontiner) yang bertungkus-lumus membanteras penularan wabak COVID-19.
Tabung tersebut telah ditubuhkan oleh sebuah organisasi berkaitan kesihatan, Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY) semalam.
Zizan berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“MedTweetMY menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama tampil memberikan sumbangan bagi membekalkan makanan, kelengkapan perlindungan diri atau apa sahaja yang dapat membantu memudahcara tugas mereka buat masa sekarang. MedTweetMY akan berhubung terus dengan pihak yang berkenaan bagi memastikan kutipan akan dimanfaatkan sebaiknya.
“Buat masa ini Kami telah mengumpulkan lebih kurang 1000 helai tudung untuk petugas-petugas di hospital. Tudung yang praktikal, mudah sarung dan cepat kering ini akan digunakan bagi tujuan bersama pakaian perlindungan.
“Sekali lagi kami menyeru rakyat malaysia bersama-sama menyumbang kepada tabung kami dalam bentuk tunai pada akaun yang tertera. CIMB bank: 8009117785 (Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia),” maklum kapsyen tersebut.
Kita turut merasai betapa peritnya barisan hadapan yang sedang menangani penularan wabak COVID-19. Justeru, TABUNG COVID-19 MedTweetMY dilancarkan pada hari ini. Tujuan utama tabung ditubuhkan adalah untuk meringankan beban kumpulan tersebut sekaligus memberi sokongan kepada mereka agar terus tega berada di barisan hadapan. Kami akan menyalurkan terus kepada mereka melalui ahli dan rakan MedTweeMY seluruh negara. . MedTweetMY menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama tampil memberikan sumbangan bagi membekalkan makanan, kelengkapan perlindungan diri atau apa sahaja yang dapat membantu memudahcara tugas mereka buat masa sekarang. MedTweetMY akan berhubung terus dengan pihak yang berkenaan bagi memastikan kutipan akan dimanfaatkan sebaiknya. Buat masa ini Kami telah mengumpulkan lebih kurang 1000 helai tudung untuk petugas petugas di hospital. Tudung yang praktikal, mudah sarung dan cepat kering ini akan digunakan bagi tujuan bersama pakaian perlindungan. Sekali lagi kami menyeru rakyat malaysia bersama-sama menyumbang kepada tabung kami dalam bentuk tunai pada akaun yang tertera. CIMB bank: 8009117785 (Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia) #MedTweetMY #COVID19MTM #COVID19 ——————— English Edition ——————— We all feel the struggle and suffering faced by the front-liners in combating the spread of COVID-19 pandemic. Thus, MedTweetMY COVID-19 Fund is officially launched today. Our mission is to ease the burden of our fellow comrades, subsequently showing our solidarity and support for them to keep standing on the front line. The fund will be channelled directly to them through MedTweetMY members nationwide. MedTweetMY is calling for all Malaysians come forward and contribute to the fund which will be used to provide food supplies, protective gears, or any other needs that can help our front-liners in delivering their work efficiently with ease in this critical time. MedTweetMY will touch base directly with all the parties involved to ensure that the fund will be used sufficiently and adequately. At the moment, we have gathered approximately 1,000 pieces of headscarves for healthcare workers in hospitals. Practical, instant wear and fast-drying headscar
A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Dalam pada itu, tindakan Zizan yang membantu menyebarkan info tersebut mendapat pujian pengikutnya.
“Terharu sangat-sangat… Terima kasih pada yang membantu. Saya wakil dari frontliner berterima kasih dan bersyukur sangat-sangat. Moga Allah melimpahi rezeki anda semua,” komen @haniey_deww
“Terbaik @zizanrazak869 doakan kami semua yang bekerja di hospital,” tulis @umieramlan
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar