Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Banyak Aspek Perlu Jaga” - Erysha Emyra Akui Tak Mudah Berlakon Jadi Wanita Berpurdah

Mya Amri 28/04/2023 | 03:50 MYT
Pelakon, Erysha Emyra berkongsi pengalaman pertama kali berlakon sebagai wanita berpurdah dalam telemovie raya berjudul Challenge Accepted.

Menurut Erysha, berlakon dengan memakai purdah memberikan pengalaman berbeza buat dirinya.

“Saya memegang watak sebagai Fatimah, dia merupakan seorang wanita yang sangat menjaga pemakaian kerana pernah terjadi satu peristiwa pada dirinya.

“Fatimah mengalami trauma dan untuk melindungi diri dari pandangan lelaki dia mengambil keputusan untuk berpurdah.

“Kali ini saya rasa memang sangat berbeza. Soundman pun cakap suara saya perlahan jadi bila pakai purdah memang lagi perlahan bunyinya.

“Karakter saya juga berbeza dan apabila berpurdah saya perlu jaga dari segi banyak aspek,” kongsinya.

Dalam pada itu, Erysha juga berkata dia sangat selesa bekerja bersama pempengaruh terkenal Ryan Bakery dan juga pengarah, Hadith Omar.

“Ryan ini bila di set penggambaran orangnya sangat profesional. Dia banyak berbual tentang skrip dan juga karakter.

“Tidak banyak kacau orang, yang selalu usik orang adalah saya. Sebenarnya Ryan agak pendiam kalau dibandingkan dengan apa yang kita lihat di media sosial dia.

“Dengan pengarah pula ini kali kedua saya bekerja dengan dia jadi saya boleh faham apa yang Hadith mahukan.

“Seorang yang sangat baik, suka dan gembira sangat dapat bekerja dengan Hadith serta team dia kerana etika kerja mereka bagus,” jelasnya.

Mengulas mengenai telefilem ini pula, Erysha berkata sangat sesuai ditonton bersama keluarga kerana jalan ceritanya yang menarik.

“Ini telefilem raya romantik komedi, sangat chill dan seronok. Sesuai ditonton bersama keluarga dan juga saudara mara.

“Tidak kiralah masa rumah terbuka pun boleh, pasti seronok. sebuah cerita yang tidak memberikan tekanan dan emosi.

“Selalunya asyik tengok cerita sedih sahaja kan, apa kata kali ini tukar mood berlainan sedikit, mesti akan ketawa,” katanya.

Selain Erysha, telefilem Challenge Accepted ini juga dibintangi oleh Ryan Bakery dan Shasha Nadira

Challenge Accepted arahan Hadith Omar ini ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 28 April, jam 10 pagi.

#Berlakon #niqab #Berpurdah #Challenge Accepted #Erysha Emyra
;