Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”
Pelakon Betty Banafe meminta orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukum secara pukal kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.
Jangan cepat buat andaian
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, Betty berkata, kesalahan tersebut seharusnya disalahkan kepada individu dan bukannya keseluruhan organisasi tersebut.
undefined"Bagi saya GISB banyak baik daripada buruk, saya nak ingatkan pada semua setiap dugaan itu ada asbabnya. Fokus pada individu buat salah jangan hukum persatuan atau syarikat itu.
"Saya bangga GISB wujud kerana memberikan imej yang kuat dalam ekonomi yang dikuasai oleh pengamal beragama Islam.
"Jangan gopoh-gapah buat andaian kerana berburuk sangka tidak disukai Allah, semoga pihak berkuasa jalankan siasatan setulusnya tentang kes mereka," katanya.
Menerusi video yang sama, Betty turut sempat berkongsi kebaikan GISB yang dilihat olehnya.
BERITA TRENDING: Eksploitasi Kanak-Kanak, Agama: Modus Operandi GISB, Kanak-Kanak Dididik Cara Meliwat, Diliwat - KPN
BERITA TRENDING: Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen
BERITA TRENDING: Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang...
BERITA TRENDING: Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen
"Pernah seketika dulu waktu saya dapat panggilan daripada seorang pengadu di Eropah, dia ditipu sehingga habis hartanya.
"Sehingga pengadu itu hidup susah di Bosnia dan tak mampu nak balik Malaysia.
“Bagi saya GISB banyak baik daripada buruk, saya nak ingatkan pada semua setiap dugaan itu ada asbabnya.
"Saya bukan ahli GISB tapi kerana rangkaian mereka besar di luar negara, dia bantu pengadu yang susah itu ketika saya hubungi mereka," jelasnya lagi.
Sebelum ini, pada Rabu lalu, media melaporkan 20 premis pusat jagaan dan rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB diserbu polis.
Dalam serbuan Op Global itu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu yang mengendalikan premis terbabit untuk siasatan lanjut.
Menurut laporan polis, hasil siasatan mendapati antara kegiatan yang dilakukan di 20 premis berkenaan adalah mangsa diajar melakukan perbuatan meliwat yang turut melibatkan kanak-kanak.
Selain itu, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali GISB mengakui terdapat beberapa kes liwat berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan.