Hiburan

“Banyak Dislike Atau Like, Saya Tak Kisah Pun…” Datuk Aliff Syukri Lancar ‘Cowok Baru’ Di Indonesia.

Fiza Kamarudin
06/09/2019
04:25 MYT
Sponsor Banner
“Banyak Dislike Atau Like, Saya Tak Kisah Pun…” Datuk Aliff Syukri Lancar ‘Cowok Baru’ Di Indonesia.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak mengambil kisah mengenai bilangan suka atau tidak suka pada video klip lagu terbarunyta, Cowok Baru.
Aliff ketika ditemui berkata, semua itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus bergelar penyanyi.
“Saya tidak kisah pun nak ‘like’ atau ‘dislike’ kerana semua itu tak akan menjejaskan semangat saya untuk bergelar penyanyi.
“Yang penting saya akan ke Jakarta, Indonesia pada 11 September ini kerana akan melancarkan single terbaru saya iaitu Cowok Baru, di sana.
“Majlis sidang media akan diadakan pada 12 September depan. Saya teruja dan tidak sabra menanti sambutan di sana pula,” katanya kepada Gempak.
Ditanya mengapa dirinya mahu mencuba nasib sebagai penyanyi, Aliff berkata dia hanya mahu meneroka bidang lain selain daripada perniagaan.
Sebelum ini Aliff sudah menghasilkan beberapa buah lagu dan menjadi trending di YouTube seperti lagu Abang Nak Tegur’, ‘Bobo Di Mana’, Agama Kedamaian, dan ‘Jom Raya’.
“Tidak salah rasanya saya mencuba bidang lain pula. Kalau Che Ta pelakon boleh jadi ‘business woman’, takkan seorang ‘business man’ tak boleh nak jadi pelakon atau penyanyi?
“Sama sahaja kan? Asalkan kita bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang kita lakukan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media penjenamaan semula dan memperkenalkan duta baru D’Herbs di Flora Teracce, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambahnya, ini adalah salah satu cara untuk dirinya menembusi pasaran muzik Indonesia dan membina nama di negara republik itu.
Terdahulu, Aliff Syukri telah ke Jakarta pada pertengahan Ogos lalu untuk penggambaran klip video lagu Cowok Baru bersama Lucinta Luna dan Upiak.
Aliff Syukri kini bernaung di bawah syarikat rakaman DATU Entertainment yang menguruskan kerjaya nyanyiannya.
DATU Entertainment yang sebelum ini pernah menembusi pasaran Indonesia menerusi lagu Siti Bilang Cuti akan menggunakan kepakaran yang ada untuk menjayakan single ‘Cowok Baru’ pula.
DATU Entertainment juga telah merancang untuk memasarkan lagu ini ke 50 stesen radio di Indonesia, selepas majlis pelancarannya di sana nanti.
Lagu Cowok Baru sudah boleh didengarkan menerusi platform Digital Streaming seperti Youtube, Spotify, Apple Music, ITune, Joox dan Kkbox bermula 21 Ogos lalu serta disediakan juga muat turun nada dering menerusi syarikat-syarikat komunikasi tempatan seperti Digi, Maxis, Celcom dan UMobile.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar