Laman Utama
Banyakkan Pahala Ramadan Ini Dengan Menderma Pada Yang Memerlukan, Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq
Ramadan menjelma lagi. Ramadan adalah bulan yang mana ibadahnya bakal menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada umat Islam yang berpuasa dan beramal soleh.
Bersedekah juga adalah salah satu amalan yang paling mulia dan dapat meningkatkan banyak pahala terutama di bulan Ramadan.
Justeru Kempen Infaq Ramadan: Bahagia Bersama Ummah untuk tahun 2023 adalah satu saluran yang tepat untuk anda bersedekah sambil beramal di bulan mulia ini.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan nilai ihsan demi insan melalui infaq berbuka dan bersahur buat pelarian Syria yang sehingga kini masih menderita dan berdepan dengan krisis isu kemanusiaan serta terbaharu dilanda musibah gempa bumi ketika musim sejuk.2
Bagi memastikan mereka tidak menempuhi bulan Ramadan dengan rasa kelaparan, Peduli Insan tampil dengan Kempen Infaq Ramadan: Bahagia Bersama Ummah.
Kempen Infaq Ramadan: Bahagia Bersama Ummah adalah satu program untuk berkongsi kebahagiaan ketika bulan Ramadan. Nilai infaq ketika bulan Ramadan, sekecil mana pun jumlah itu memberi kesan besar kepada para pelarian Syria.
Kempen Infaq Ramadan ini juga bertujuan untuk membuka peluang kepada semua terutama umat Islam di bulan mulia ini yang ingin memberikan pertolongan kepada saudara Syria tetapi tidak berdaya untuk pergi ke sana bagi menghulurkan bantuan.
Istimewanya, makanan iftar serta sahur ini dimasak dan disediakan sendiri di dapur Peduli Insan. Ia termasuk juga persediaan untuk memasak nasi serta lauk ayam atau daging hasil ibadah sembelihan atau aqiqah yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.
Antara 6 bantuan utama yang disediakan oleh Peduli Insan sebagai bentuk amalan bagi Kempen Infaq Ramadan: Bahagia Bersama Ummah adalah seperti:
#1 Juadah Iftar & Sahur – Melalui kempen ini Peduli Insan cuba untuk jadikan Ramadan saudara-saudara Islam di sana lengkap dengan adanya juadah iftar dan sahur yang lazat dan mengenyangkan. Malah mereka menyasarkan tiada satu hari pun yang boleh membuatkan mereka berbuka tanpa ada apa-apa hidangan untuk dimakan.
#2 Bantuan Kit Makanan Asas – Sumbangan makanan asas seperti tepung, gula, beras, minyak, spagetti dan lain-lain lagi. Ini bagi mengelakkan mereka terputus bekalan makanan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu.
#3 Bantuan Perubatan - Mereka memerlukan rawatan dan ubatan yang tak sedikit kosnya. Namun kerana kemiskinan, mereka tak mampu mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Jadi salah satu usaha Peduli Insan untuk membantu mereka dari segi perubatan.
#4 Bantuan Pendidikan – Pendidikan adalah antara yang diharapkan oleh para ibu bapa dan anak-anak yang impikan keamanan. Mereka percaya, dengan adanya ilmu dan pendidikan, nasib mereka mungkin berubah suatu hari nanti.
#5 Bantuan Umum - Wang yang akan mereka gunakan jika terdapat perkara-perkara kecemasan yang berlaku terhadap saudara Islam di Syria.
#6 Pek Makanan – Peduli Insan menyediakan pek makanan berbuka dan sahur serendah harga RM25 untuk pilihan infaq sempena Kempen Ramadan ini.
Sekadar info, seramai 12.4 juta rakyat Syria kini menderita kekurangan makanan dan 90% daripada mereka hidup di bawah paras kemiskinan. Kenaikan harga barangan makanan sebanyak 53% di Syria menyebabkan ramai yang berhadapan kebuluran.
Jadi marilah bersedekah sambil beramal dengan Kempen Infaq Ramadan: Bahagia Bersama Ummah yang diusahakan oleh Peduli Insan ini sekarang bagi memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka di bulan Ramadan ini.
Mudah sahaja, caranya imbas QR Code yang tertera di bawah atau salurkan ke akaun Bank Islam 0704 3011 0619 40 dan untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline: 013 396 8840.