Viral

Bapa Campak Anak 13 Tahun Dari Bot Laju Ke Laut Depan Pelancong

Maliah Surip
25/01/2025
07:50 MYT
Sponsor Banner
Bapa Campak Anak 13 Tahun Dari Bot Laju Ke Laut Depan Pelancong
Seorang lelaki Rusia ditahan pihak berkuasa tempatan Thailand selepas membuang anak lelakinya ke dalam laut Phangnga sewaktu bot laju sedang bergerak.
Insiden tersebut terjadi di Koh Rae di wilayah Khura Buri sewaktu bot laju yang juga dipenuhi penumpang yang pulang dari Mu Ko Surin akan tiba sekitar 200 meter dari darat.
Perbuatan yang mengejutkan itu dilakukan di hadapan 33 pelancong dengan 17 daripadanya warga Thailand manakala 16 yang lain warga asing. Lima daripada penumpang adalah kru bot laju tersebut.
Menurut Bangkok Post, budak lelaki berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Lucas Bugorskiy meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka dan kepala.
Suspek yang merupakan bapa kepada mangsa, Artem Bugorskiy dikatakan telah menarik anaknya sebelum membuang dia ke dalam laut. Bugorskiy, 45, kemudian ikut terjun dan menolak untuk diselamatkan.
Namun keduanya berjaya dibawa naik ke bot selepas kru menyelamatkan mereka.
Suspek kini ditahan atas tuduhan membunuh namun tidak mengaku telah melakukan perbuatan jenayah.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024