Viral

Bapa Dikecam Kerana Membiarkan Anak Buang Air Atas Troli Awam

Syafiqah Jalal
20/06/2017
04:43 MYT
Sponsor Banner
Bapa Dikecam Kerana Membiarkan Anak Buang Air Atas Troli Awam
Seorang bapa telah dikecam netizen selepas membiarkan anaknya membuang air di atas troli sebuah pasaraya di Johor.
Foto lelaki tersebut membuka seluar kanak-kanak itu ditempat awam telah dirakam oleh seorang pengguna laman sosial Facebook dan menjadi viral.
Pengguna laman sosial itu meluahkan rasa marah terhadap sikap lelaki tersebut yang dilihat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:
DAH TAKDE TEMPAT LAIN KE?
Aduhai... Apa pasal lah brother Cina ni boleh biarkan anak dia kencing dalam troli itu? Lepas itu terus kau tinggalkan sahaja terus. Bayangkanlah kalau selepas ini troli tu digunakan terus oleh pelanggan lain. Cuba letak pula situasi tersebut pada diri anda. Agak agak anda akan berasa jijik dan kotor tak?
Kalau ya pun dah tak tahan, apa salahnya turunkan anak tu untuk buang air di luar troli ataupun anda basuh troli tersebut yang dah terkena najis. Prihatin la sikit. Jangan la jadi pengotor sangat.
Lokasi : AEON Bukit Indah Masa : Baru je ni Kredit : Komeng
Lelaki tersebut dikecam oleh ramai netizen yang menurunkan komen terhadap entri tersebut.
Antara komen mereka seperti:
Syuki Warholl- K***k..tempat aku selalu shopping pula itu..yang kau pun bodoh tak boleh nak sound..sibuk nak ambik gambar..
Pirates Johorean IV- Budak kecik bukannya tahu apa-apa tapi kalau dah orang dewasa yang berakal pun, tak tahu nak mengatasi masalah macam ini, memang payah..Nak cakap lebih pun tak boleh sebab tak kena pada batang hidung sendirikan..tapi part tinggal troli itu mcm itu sahaja..memang tak patutlah..Sekurang-kurangnya basuh dan cuci kembali.
Angel Nirwana- Dari kecil dah diajar kencing merata patutlah sampai besar perangai suka kencing merata.
Zahar Bob- Bangang nak mampus.. kau keluarkan anak kau dulu..Jusco Bukit Indah ya ni?
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar