Hiburan
"Bapa Dulu Bawa Teksi... Jual Air Tebu, Kad Raya" - Datin Seri Shahida Gembira Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah Setiap Tahun
Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iatu Datin Seri Shahida berkongsi beberapa foto ketika menunaikan umrah bersama ibu bapanya.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di laman Instagram buat tatapan umum.
Menurut Shahida, ketika usia muda, ibu dan bapanya sentiasa bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga dengan melakukan pelbagai kerja.
"Inilah ibu dan ayah saya, bapa saya dulu macam-macam kerja dia buat, bawa teksi, pengawal keselamatan, jual air tebu dan macam-macam lagi.
"Mak saya kerja dekat TNB, lama dulu, sekarang sudah pencen, dia sanggup usahakan apa yang dimahukan anak-anak walaupun terpaksa bergolok gadai.
'Alhamdulillah, setiap tahun ada rezeki saya bawa mereka tunaikan umrah, kita berjaya pun sebab doa mereka jadi mungkin ini saja yang mampu saya balas," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha baik Shahida untuk membalas jasa ibu bapanya, ramai juga yang berasa sebak dan terharu.
Alif dan Shahida berkahwin pada 0gos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 tahun dan Yusoff Al-Qardawi yang baru dilahirkan pada Jun lalu.