Laman Utama

Bapa Kecewa Angelina Jolie Sokong Pales***!

Amri Hassan
11/11/2023
06:36 MYT
Sponsor Banner
Bapa Kecewa Angelina Jolie Sokong Pales***!
Bapa kepada pelakon Angelina Jolie, Jon Voight kecewa apabila anak perempuannya menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengecam tindakan rejim zionis.

BERITA TRENDING: Fazura & Farah Lee Tulis Pesan Deep Pada Instagram Angelina Jolie Yang Kasihan Is***l

Kata Voight, Angelina gagal memahami tentang kebenaran di sebalik konflik dan sejarah di antara Israel dan Palestin.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagramnya, Voight, 84, duduk di hadapan bendera Amerika Syarikat sambil meluahkan kata-kata yang berpihak pada Yahudi.
"Saya sangat kecewa dengan anak perempuan saya seperti kebanyakan orang yang tidak memahami tentang kebenaran," ujarnya.
Terdahulu, Angelina, 48, memuat naik hantaran menunjukkan solidariti terhadap masyarakat di Palestin dan mengecam tindakan Israel membunuh orang awam terutamanya kanak-kanak dan wanita sejak peperangan tercetus pada 7 Oktober lalu.
Untuk rekod, Voight berkahwin dengan ibu Angelina, iaitu pelakon Marcheline Bertrand, pada tahun 1971.
Mereka dikurniakan dua anak, James dan Angelina tetapi bercerai pada tahun selepas aktres itu dilahirkan.
Sebelum ini, hubungan anak beranak ini pernah berantakan pada awal tahun 2000 namun mereka berdamai 11 tahun kemudian.
Bagaimanapun hubungan mereka kembali retak selepas Angelina memutuskan bercerai dengan bekas suaminya, pelakon Brad Pitt pada 2016.

PILIHAN PEMBACA: Brad Pitt Cekik Anak, Tarik Rambut & Cederakan Angelina Jolie

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar