Laman Utama
Bapa Lastik Biji Mata Cikgu Sebab Tak Puas Hati Anaknya Ditendang Kerana Merokok
Seorang guru di SMAN 7 Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia, Zuharman, mengalami luka parah pada mata kanannya akibat dilastik bapa kepada muridnya.
Hal ini berlaku selepas Zuharman menegur murid tersebut yang merokok di dalam kawasan sekolah. Bagi memberikan ‘hukuman’, Zuharman difahamkan menendang pelajar tersebut.
Tidak dapat menerima kenyataan ditendang, pelajar tersebut mengadu kepada bapanya.
“Pelaku (bapa kepada pelajar) datang mencari Zuharman lalu melastik matanya,” ujar Ketua Polis Padang Ulak Tanding Iptu Hengky Nopianto seperti yang dipetik daripada DetikSumut.
Akibat daripada kejadian itu, mata Zaharman cedera parah. Dia terpaksa menjalani pembedahan mata di hospital.
“Mangsa sedang menjalani pembedahan mata,” kata Hengky.
Hengky kemudian menambah yang pihaknya sedang memburu pelaku yang melarikan diri selepas melakukan serangan itu.
“Kami masih memburu pelaku,” kata Hengky.
Sumber: DetikSumut