Laman Utama
Bapa Mentua Vanessa Angel Kongsi Keadaan Cucu, Jutawan Surabaya Tawar Pembiayaan Hingga Dewasa! - "Dia Ada Hubungi Saya..."
Berita kematian pelakon sensasi Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Adriansyah akibat nahas jalan raya Khamis lalu sememangnya mengejutkan orang ramai.
Memetik laporan KapanLagi, keadaan anak pasangan berkenaan, Gala Sky yang terlibat dalam kemalangan sama kini dilaporkan semakin baik.
Hal itu dikongsikan oleh bapa Bibi, Faisal Saat. Menurutnya, cucu yang berusia setahun itu boleh sembuh dengan menjalani rawatan berterusan.
"Bengkak pada wajahnya agak parah, di bahagian tepi matanya juga seperti perlu dijahit sedikit, masih belum sembuh hingga sekarang tapi boleh dirawat.
"Semuanya perlu dikomunikasikan dengan pihak doktor," katanya.
Dalam pada itu, Faisal juga masih belum berhubung dengan pembantu Vanessa dan Bibi, Siska yang turut menaiki kenderaan sama dalam nahas tersebut.
"Saya tak ada berhubung dengannya (Siska), tapi anak saya ada, katanya sekarang Siska sudah mula baik, tapi masih belum dapat dipastikan kerana dia masih dalam tempoh rawatan.
Gala Sky yang kini yatim piatu dikhabarkan menarik perhatian seorang jutawan Surabaya, Tom Liwafa yang mahu membiayai hidupnya sehingga dewasa.
Justeru, Faisal telah dihubungi olehnya dan dikhabarkan mereka akan berjumpa suatu masa nanti.
"Dia ada hubungi saya, orangnya sangat baik. Menurut apa yang saya dengar, dia orang yang sangat mulia dan memberi perhatian terhadap anak dan cucu saya meskipun saya tidak tahu latar belakangnya," katanya lagi.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.