Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bapa Miera Leyana Meninggal Dunia

Amri Hassan 28/09/2022 | 01:55 MYT

Bapa kepada pelakon Miera Leyana, Datuk Seri Kasmi Mat Arsat telah meninggal dunia di kediamannya pada pukul 11.06 malam tadi.

Khabar duka itu dikongsikan Miera dan memohon maaf bagi pihak Allahyarham.
"Saya dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita memaklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas yg terakhir di kediaman beliau pada 11.06 malam.
"Sehubungan dengan itu, pihak waris dan keluarga menetapkan pengurusan jenazah di Masjid At-Taqwa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas selesainya solat jenazah.
"Akhir sekali saya mewakili keluarga Allahyarham ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya.
"Mohon doakan agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti Insya-Allah," katanya.
Sumber: Harian Metro

#Meninggal Dunia #Miera Leyana #Bapa #Kasmi Arsat
;