Laman Utama

“Bapa Saya Penjaja, Ibu Saya Bekerja Di Pub...” - Alvin Chong

Fiza Kamarudin
26/08/2020
12:02 MYT
Sponsor Banner
“Bapa Saya Penjaja, Ibu Saya Bekerja Di Pub...” - Alvin Chong
Penyanyi dan pelakon Alvin Chong mengakui mahu fokus kepada kerjaya dan keluarga sebelum menamatkan zaman bujang.
Alvin Chong ketika ditemui berkata, dia berasal dari keluarga susah dan sudah tiba masanya untuk berbakti kepada keluarga.
“Selama ini semua orang sangka saya berasal dari keluarga senang kerana penampilan saya, telahan itu salah.
“Ayah saya penjaja kecil di Pulau Pinang manakala ibu bekerja di pub sebagai pelayan. Bila negara dilanda Covid-19 bapa terpaksa menutup gerai, ibu pula tidak bekerja kerana tempat kerjanya terpaksa ditutup.
“Sebab itu kalau ditanya tentang kahwin sekarang, saya rasa tidak sebab saya nak fokus kepada keluarga saya.
“Buat masa sekarang saya dan seorang lagi adik yang tanggung keluarga kami,” katanya kepada Gempak.
Alvin ditemui ketika Majlis Pelancaran Muzik Video Sayang Salmah di Gamuda Land, HighPark Suites, Petaling Jaya pada petang Rabu.
Bercakap mengenai single terbarunya itu, Alvin yang juga pengacara ini menaruh harapan tinggi terhadap lagu tersebut selain ingin membuka mata para peminat yang dirinya juga adalah seorang penyanyi.
“Sebelum ini saya pernah melancarkan beberapa lagu, tapi sedikit sedih sebab tidak ada yang meletup.
“Jadi, kali ini saya cuba genre lain iaitu dangdut dan harap lagu ini dapat buka mata ramai bahawa saya juga adalah penyanyi,” katanya.
Muzik video rasmi Sayangku Salmah yang bakal dilancarkan pada 28 Ogos ini di saluran YouTube AlvinChongVEVO turut dipersembahkan dalam bentuk travelog sebanyak tiga episod.
Ia adalah inisiatif Alvin dan pasukan dalam memaparkan lokasi menarik yang terdapat dalam MV itu yang mana bakal ditayangkan di platform ourdaily.co bermula 7 September bagi episod pertama, 14 September (episod kedua) dan 21 September (episod ketiga).
Untuk makluman, muzik video rasmi Sayangku Salmah dan siri travelog ini adalah sebuah projek perintis di antara AirAsia dan Universal Music Malaysia di bawah penerbitan REDCARPET.
Sebelum pelancaran lagu dan MV itu, Alvin terlebih dahulu menyajikan peminat dengan video TikTok lagu Sayangku Salmah yang kini sudah mencecah lebih 20 juta tontonan di platform berkenaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar