Laman Utama
Bapa Sedang Tenat, Nur Sajat: “Nak Balik Malaysia Memang Tak Boleh, Doakan Untuk Keluarga Saya..”
Bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya hari ini.
“Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” tulisnya
ringkas.
Sementara itu, Nur Sajat dalam satu hantaran di Instagramnya mengesahkan bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.
“Minggu lepas lagi ayah tak sihat, Sajat kat sini ‘video call’ dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga.
“Apa-apa pun, Kak Long dan Mak selalu ‘update’ pasal hal ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semunya okey,” tambahnya.
Dalam pada itu, dia memaklumkan tidak boleh balik ke Malaysia walaupun sudah menerima passport untuk terbang keluar daripada Australia.
“Terima kasih kerajaan Australia. Akhirnya dapat passport saya. OMG gembira dapat terbang ke awan biru, now Sajat bolehlah terbang business trip dalam masa terdekat ni. Kalau nak balik Malaysia tu, memang tak boleh,” ujarnya.
Terdahulu, Nur Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa.