Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Bapa Sempat Azankan, Bayi ‘Terkeluar’ Dari Perut Ibu Ketika Kemalangan Akhirnya Meninggal Dunia Selepas…

Gempak 19/02/2022 | 02:49 MYT
Sungguh menyayat hati apabila bayi yang dikandung terkeluar dari perut ibunya selepas terlibat dalam kemalangan nahas dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas lewat petang tadi.
Dalam kejadian, Nur Hasliza Yazaib, 25, yang sarat mengandung sembilan bulan, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Pun begitu, selepas lima jam bertarung nyawa, bayi lelakinya meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Mohd Khairi Hasbullah, 31, sempat mengazankan anak keempatnya itu sebelum bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia.
"Saya reda apabila anak kami turut pergi bersama ibunya," katanya di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, isterinya, Nur Hasliza Yazaib, 25, yang sarat mengandung sembilan bulan, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Remaja yang menunggang motosikal berkenaan turut meninggal dunia di hospital.
Mohd Khairi hanya mampu menangis sebaik dipanggil doktor dan dimaklumkan bayinya gagal diselamatkan.
Ketika ini, beliau hanya memikirkan anak kedua, Nurul Iman Maisara, 6, yang membonceng bersama isterinya dan dilaporkan cedera parah di kepala serta ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
"Doakan supaya Nurul Iman selamat dan saya diberi kekuatan demi dua lagi cahaya mata berusia lapan dan tiga tahun," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, mengesahkan nahas berkenaan kini mengorbankan tiga nyawa dengan kematian bayi malang itu.
Katanya, penunggang motosikal, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, dilaporkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
"Penunggang remaja itu dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar motosikal ditunggang mangsa wanita sarat mengandung bersama seorang anak perempuan," katanya.
Sumber: Berita Harian
#Kemalangan #Meninggal Dunia #Bayi #Ibu #Nahas
;