Laman Utama
Barai Betul Bantai Menangis Dalam 'RASN', Norreen; "Janna Nick Ajar Mood & Teknik Bernafas, Kebetulan Bapa Saudara Saya Baru ..."
Pelakon Norreen Iman tidak menyangka babak tangisan dan meraung-raung dalam babak-babak terakhir drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) berjaya meruntun hati ramai hingga turut sama merasai kesakitan yang dirasainya.
Jelas Norreen, ekspresi wajahnya yang ditampilkan dalam drama terbabit sebagai Qistina ketika babak kehilangan rakan baiknya dalam babak kebakaran tidak dibuat-buat.
"Ramai juga cakap benda sama (teruk menangis) cuma saya rasa teruja, ada juga yang terasa bila saya menangis. Saya tak jangka pun sebab apabila menangis, saya all out saja.
"Situasi itu seperti real, apabila kawan baik saya mati dan saya rasa saya tak perlu nak jaga muka sangat... Tak sangka juga 'muka buruk' menangis tu boleh buat orang lain pun menangis.
"Sebenarnya masa babak kebakaran itu saya sangat penat sebab nak kena ulang-ulang, tambah pula ada api dan orang yang lalu-lalang lagi. Lebih memenatkan waktu babak itu sebab saya kena jerit sekuat hatinya.
"Tapi yang kelakarnya, hingus saya tak berhenti keluar, lebih banyak keluar daripada air mata," katanya kepada Gempak.
Jelas Norreen, dia belajar banyak teknik untuk mendapatkan mood menangis daripada pengurusnya yang juga pelakon Janna Nick selain menonton babak menyedihkan daripada filem lain.
Lebih hiba sebenarnya, ketika penggambaran babak tersebut, Norreen baru sahaja kehilangan bapa saudaranya.
"Saya belajar mood menangis daripada manager saya, Janna Nick. Saya tak pergi kelas lakonan jadi saya banyakkan tengok filem dan babak menangis.
"Malah, saya juga diajar trick pernafasan yang boleh membuatkan saya terus menangis on spot.
"Sebenarnya, babak kawan baik saya (lakonan Uqasha Senrose) meninggal dunia amat dekat dengan diri saya kerana hakikatnya pada ketika penggambaran itu dijalankan, bapa saudara saya pun baru meninggal. Jadi, ia lebih merobek jiwa saya," tambahnya.
Kata Norreen lagi, watak Qistina yang dilakonkan dalam drama adaptasi novel karya terbaik Siti Rosmizah itu dekat baginya. Personaliti Qistina itu sendiri melambangkan diri Norreen yang sebenar.
"Watak ini dekat dengan saya, ramai kata bila berdialog ni nampak saya bersahaja tak dibuat-buat. Tapi saya masih kena ikut skrip cuma saya buat cara saya. Alhamdulillah senang diberikan watak kepada saya dan mereka pun nak saya jadi diri saya.
"Watak Qistina ni happy-go-lucky sebenarnya tapi kalau dia marah atau sedih dia akan betul-betul zahirkan," jelasnya.
Terus ikuti perkembangan kisah Maisara dan Nazril dalam minggu akhir Rindu Awak Separuh Nyawa!
Saksikan drama hebat lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
RASN turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.