Laman Utama

Barang Kemas Ifa Raziah Bernilai RM100,000 Hadiah Daripada Suami; "Dia Ada Tanya Nak LV Ke..."

Asyikin Mayudin
23/09/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
Barang Kemas Ifa Raziah Bernilai RM100,000 Hadiah Daripada Suami; "Dia Ada Tanya Nak LV Ke..."
Tular video membeli barang kemas bernilai RM100,000, selebriti terkenal Ifa Raziah memberitahu ia merupakan hadiah istimewa daripada suami tercinta sempena ulang tahunnya yang ke-47 pada Khamis, 22 September.
Lebih memilih emas berbanding bag tangan berjenama kesukaannya, Ifa yang juga penyanyi itu berkata dia mahu bersiap sedia untuk masa depan dengan membuat pelaburan yang bermanfaat.
“Hadiah paling bermakna tahun ini adalah daripada suami saya. Dia ada tanya, nak handbag LV ke untuk tahun ini sebab memang minta jenama tu.
“Tapi handbag saya dah terlalu banyak. Jadi, tahun ini saya nak buat pelaburan pula untuk masa depan. Jadi, suami hadiahkan barang kemas satu set untuk saya bernilai RM100,000.10.
“Dia yang pilih design ini… sebagai simbolik cintanya kepada saya. Bagi saya, emas ini juga untuk simpanan masa depan, kita pun tak tahu keadaan ekonomi macam mana. Jadi, saya nak buat lebih banyak simpanan emas dan cash,” kata Ifa kepada Gempak.
Penyanyi lagu Panas itu ditemui ketika majlis sambutan hari lahirnya di Red Box, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada malam Khamis.
Terdahulu, video yang dikongsikan pengguna di TikTok, memperlihatkan Ifa berkunjung ke sebuah kedai emas sambil menyuaipadan beberapa utas rantai leher, gelang dan pelbagai bentuk cincin menjadi bualan netizen.
Malah aksinya berbelanja lebih RM100,000 untuk membeli emas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen rata-ratanya gembira dengan rezeki yang dimiliki selebriti itu.
Namun, ada juga yang turut meninggalkan komen-komen nakal mempertikaikan citarasa Ifa memilih barangan kemas yang bersaiz besar.
“Untuk barang kemas ini saya akan pakai ikut waktu dan tempat acara yang bersesuaian la. Bukan la hari-hari pakai. Yang kecil-kecik, saya pakai untuk harian atau majlis tertentu.
“Selalunya kalau saya pakai barang kemas yang besar bukan di majlis yang umum dan pakai sekejap saja. Bila habis majlis, saya akan buka dan simpan semula.
“Saya pun ada pengawal peribadi dalam empat hingga lima orang untuk memastikan keselamatan saya,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar