Laman Utama
Baru 15 Tahun, Anak Penyanyi Dangdut Kena Tangkap Edar Ribuan Butir Ubat Terlarang Secara Online
Anak seorang penyanyi dangdut terkenal tahun 80-an, Lilis Karlina ditahan pihak berkuasa selepas didapati menjual ubat terlarang atau dadah secara online.
Anak Lilis yang diberi panggilan RD baru berusia 15 tahun ditangkap oleh Satuan Reserse Narkoba Polres Purwakarta karena mengedar dadah di kediaman keluarganya di Ciwareng, Purwakarta, Jawa Barat.
"Suspek telah mengedarkan dadah dengan membeli ubat-ubatan terlarang daripada farmasi tanpa izin dan menjual secara online serta secara langsung," kata wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Kompas.
Hasil penangkapan tersebut membawa kepada penemuan barang bukti termasuk
925 butir ubat Hexymer, 740 butir Tramadol dan 200 butir Trihexyphenidyl.
Hexymer adalah gangguan gerakan akibat penyakit Parkinson. Tramadol pula untuk tahan sakit sendi dan Trihexyphenidyl merupakan rawatan yang berguna untuk penghidap cerebral palsy.
Semua ubat-ubatan tersebut dibeli secara online.