Berita
“Baru 2cm Tapi Sakit Macam Kepala Nak Keluar Dah”- Ika Nabila Kongsi Pengalaman Bersalin Putera Sulung
Pelakon Ika Nabila berkongsi pengalamannya melahirkan anak sulung, Noah Zayn setahun yang lalu.
Sempena ulang tahun kelahiran pertama puteranya itu, Ika mengimbau kembali detik-detik cemas anaknya dilahirkan.
Menurut Ika sehari sebelum kelahiran anaknya, dia sudah mula rasa kontraksi dan keluar tanda.
“Bermula 22 October 2019 : 2am tu dah rasa sakit. Tahan. Takut. Ingat lagi malam tu tak boleh tidur langsung tak sanggup tunggu sampai subuh bagitau suami dia kata “You think too much. Tido,” dan dia berdengkur.
“The longest night ever. Finally subuh & wake him up “Sayang, I think it’s time” Tapi he still chill. I did ask him kenapa dia chill sangat tahu tak dia kata apa? “Because you looked fine tak macam dalam movie” Haha dia ingat I masih ada masa nak test my acting skill ke?”
“I was ready lepas subuh tu mandi ada spotting. Nearly scream dalam sakit takut boleh senyum lagi bagitau suami “Sayang! Kita nk jumpa dia dah OMG! Kita nk jadi mak bapak dahhhhh,” ceritanya teruja.
Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi juga video sebelum dan ketika melahirkan anaknya.
Tambah Ika, dia bersyukur kerana ibu dan keluarga mertuanga banyak memberi kata-kata semangat selain ditemani suami tersayang.
Wanita itu mengakui pengalaman bersalin ini tak dapat dilupakan kerana kesakitan yang ditanggung amat tinggi sejak bukaan 2cm (sentimeter).
“Sampai hospital terus ke LR (dewan bersalin). Wow! Nak bersalin dah ke? Doctor masuk “Ika are you ready to meet your little one?” Cek bukaan baru 2cm! Hahahahahhaha kenapa sakit mcm kepala dah nk keluar?,” ceritanya lagi.
Ika akhirnya selamat melahirnya anaknya secara normal lewat malam dan memasuki keesokan harinya pada 23 Oktober 2019.
“Suami cakap, “Sayang I nampak kepala dia sayang! Sikit lagi sayang sikittt lagi. Tahan nafas push jangan sedut.”
“Suami cakap lagi “Sayang jerit sayang tak apa jerit jeeee.” Dalam hati nk gelak. Kenapa dia suruh aku jerit eh?
“Akhirnya 1203am 23rd October 2019. Lahirlah zuriat yg dinanti. 3.25kg. Longgggg gentle normal delivery,” katanya.
Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam diijabkabulkan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang pada 30 Julai 2016.