Laman Utama
Baru 4 Bulan, Bayi Atta Halilintar & Aurel Hermansyah Diajar Pakai Tudung, Baju Tak Terlalu Terdedah
Pasangan sensasi Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah dilihat semakin bahagia dengan kehadiran puteri sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta.
Apa yang menarik perhatian wargamaya lagi adalah Ameena sudah diajar untuk mengenakan tudung sejak berusia beberapa bulan lagi.
Bukan itu sahaja, memetik laporan Kapan Lagi, pasangan tersebut juga tidak mahu bayi mereka memakai pakaian yang terlalu mendedahkan anggota badan.
Menerusi satu perkongsian di vlog mereka, Atta tidak mahu anaknya memakai pakaian yang terlalu terdedah manakala Aurel pula tidak mahu Ameena terlalu berpakaian tertutup kerana dikhuatiri berasa panas.
Di laman sosial Instagram, Ameena sering dipakaikan pakaian yang tertutup dan ada kalanya lengkap bertopi.
Menurut Atta, sebagai seorang ayah, dia mahu memberikan yang terbaik buat puteri sulungnya itu.
Sekadar info, Aurel, 24, dan Atta, 28, diijabkabulkan di Hotel Raffles pada 3 April lalu.
Anak sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada 22 Februari lalu.