Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Baru Dibuka Lima Hari Selepas Dibaik Pulih, Jambatan Gantung Gujarat Runtuh, Lebih 60 Disahkan Maut

Mya Amri 31/10/2022 | 04:49 MYT
Sekurang-kurangnya lebiih 60 orang maut selepas sebuah jambatan gantung runtuh di Gujarat, India Barat pada petang Ahad.
Ratusan orang terjun ke dalam Sungai Macchu selepas jambatan gantung itu mula runtuh sebelum tenggelam.
Difahamkan, jambatan itu baru sahaja dibuka semula lima hari lalu selepas dibaik pulih.
Menurut laporan portal India Today, Menteri Dalam Negeri, Gujarat Harsh Sanghavi memaklumkan lebih 70 orang telah diselamatkan dan dibawa ke hospital.
Penduduk tempatan dan juga pasukan penyelamat dari daerah lain juga turut dihantar ke tempat kejadian untuk membantu usaha menyelamat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Perdana Menteri India Narendra Modi yang berada di Gujarat dalam lawatan tiga hari, meminta agar keadaan dipantau dengan teliti dan berterusan selain menghulurkan semua bantuan kepada mereka yang terjejas.
Beliau juga mengumumkan pampasan untuk mangsa yang cedera serta waris mereka yang meninggal dunia.
INDIA TODAY
#India #Maut #Jambatan Gantung #Jambatan Runtuh
;