Laman Utama

Baru Dua Bulan Kahwin, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia, Atilia Haron Mohon Beri Masa Pada Ibu - “Pemergian Yang Mengejutkan”

Mya Amri
05/11/2022
08:08 MYT
Sponsor Banner
Baru Dua Bulan Kahwin, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia, Atilia Haron Mohon Beri Masa Pada Ibu - “Pemergian Yang Mengejutkan”
Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, iaitu Gerry Hughes dilaporkan meninggal dunia pagi semalam.
Berita sedih itu disahkan oleh anaknya yang juga merupakan penyanyi Atilia Haron menerusi hantaran di ruangan IG Stories hari ini.
“Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri saya, Gerry Hughes pada hari Jumaat pagi semalam,
“Ibu saya, Salamiah Hassan sedang dalam perjalanan pulang Tasmania. Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini,” tulisnya.
Terdahulu, Salamiah, 71, dan Hughes, 68, telah berkahwin pada 1 September lalu.
Salamiah dan Hughes yang juga merupakan kenalannya sejak 15 tahun lalu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar