Nusantara

Baru Dua Minggu Kahwin, TikToker Shella Selpi Meninggal Dunia Kerana Kanser

Maliah Surip
31/08/2024
11:50 MYT
Sponsor Banner
Baru Dua Minggu Kahwin, TikToker Shella Selpi Meninggal Dunia Kerana Kanser
Pengikut seorang TikToker Indonesia yang terkenal dalam kalangan pengguna media sosial kerana sangat gigih berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak tiga tahun lalu berduka selepas wanita itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Baru menikah dua minggu

Kematian Shella Selpi malah lebih menjadi tular kerana dia baru menikah selama dua minggu bersama kekasihnya, Albid yang selama ini setia bersama wanita tersebut meski telah mengetahui tentang penyakit yang dideritai.
Albi malah menjadi individu yang mengumumkan kematian isterinya di media sosial. Bersama pengumuman duka tersebut, Albi memperlihatkan jasad Shella yang telah ditutup dengan kain putih di atas katil hospital.
Menerusi pengumuman yang dibuat, Albi juga memohon semua pihak memaafkan isterinya jika dia pernah melakukan kesalahan, lapor Kompas.

Kanser merebak pada rahim

Shella yang sebelum ini merupakan seorang atlet bola sepak wanita pertama kali didiagnos menghidap kanser ovari pada tahun 2021.
Menurutnya, dia mengesan penyakit berbahaya itu selepas berasa tegang pada perut selepas melakukan aktiviti renang. Namun setelah diperiksa ternyata kanser telah merebak pada rahimnya.
Dia kemudian melakukan pembedahan pada 2022 sebelum kesihatannya tidak menentu.
Sepanjang detik sukar itu, Albid setia menemani Shella. Albi juga meneruskan hasrat berkahwin dengan Shella sekitar pertengahan Ogos lalu sekaligus mendapat perhatian netizen.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar